DAN SEMULA

dan semula ada yang terluka
dan semula ada yang bersedih
dan semula ada yang terpaksa pergi
dan semula tidak seperti dulu
dan semula.. aku yang melakukannya..


aku hendak bersendirian..
taknak terikat pada sesiapa..
bukan kau kongkong aku..
kau tak pernah..
hanya, aku hendak berkawan dengan kau
yea, kita kawan..
aku suka..
cakap lah dengan aku hari hari..
share la dengan aku apa apa
wish aku setiap hari, setiap pagi, malam..
aku hargai..
sebab kau kawan aku..
kau suka aku senyum kan
kau cakap senyum aku cantik
kau nampak apa aku tak nampak pada diri ini
kau buat diri aku dihargai.. cukup dihargai
terima kasih untuk itu..
tapi aku insan biasa..
kau jangan sedih sebab aku pun sedih
tapi aku tak berdaya nak tipu diri lagi
jahat aku kalau teruskan..
jangan tanya apa salah kau
tiada
jawapan aku tiada
salah aku.. membenarkannya dalam aku masih belum stabil..
dan aku selfish.
kita akan berjumpa lagi..
aku janji.
aku tak kan lari..
aku tak akan mengelak..
aku akan senyum nampak kau sebab kau kawan aku 
aku akan borak dengan kau macam dulu
kita pergi BR okay ramai ramai
susah aku nak berterus terang..
tangan aku sejuk..
degup aku jadi cepat..
ayat aku tunggang langgang
sebab aku tak sampai hati nak cakap
sebab kau tak layak dibuat begini.
but this is final. enough.
lebih baik begini..
biarlah hati ini terbuka bila sudah tiba masanya
jangan paksa
sebab sekarang dia tertutup.
rapat sangat
tak tahu untuk siapa
tak kisah untuk siapa
untuk kau mungkin. 
tapi bukan sekarang
nanti..
sebab Allah dah tentukan.. cukuplah..


biar aku kukuhkan kecintaan ku pada DIA, pada keluarga, dan barulah.. pada kau..
maaf, arif.


Allah bagi apa yang kita perlu. bukan apa yang kita mahu.
 Dia yang maha mengetahui dan maha adil..




Comments