MEMORIES

YaAllah.. nikmat YaAllah.. syukur YaAllah.. aku gembira YaAllah.. alhamdulillah

the feeling when you step your foot inside your former school compound after quite a long time. the feeling is undescribeable. heh? adeke ayat gitu. polik joo. haha. wey, i was like.. YaAllah.. rindunye sekolah ni.. lama dah tinggalkan. start aku turun cab, dari pondok jaga, sepanjang jalan raya naik bukit, aku tengok walkway, dewan, waterfall, padang sekolah, surau, pokok pokok sepanjang entrance sekolah.. rasa nak menitis air mata. banyak sangat memori. terlalu banyak. aku stop. text teacher, dia dekat mana? dia otw nak datang sekolah. baru habis MC satu function. okay. aku stop jalan. duduk dekat bangku, depan asrama perempuan tunggu teacher. nawi dekat dewan. biarlah. aku nak tengok sekolah aku. sekolah yang aku rindu. sekolah yang banyak berbakti dekat aku. lawa sekolah aku. banyak pokok hijau. cantik macam dulu :)

teacher masuk dengan Pesona dia. pecut gila. dah lambat letu nak jadi MC next majlis pulak dekat sekolah. haha. Teacher Fazilah Dahman. she's like my second mother. haha. dia train aku jadi seorang debater. dialah yang banyak jerit halintar dengan aku masa practise tapi dia lah paling rapat, paling dekat dengan hati aku. i'm amazed with her. dia dengan mama banyak guide aku. banyak nasihat. aku rindu dia sangat. aku senyum nampak dia. biarlah dia pecut tinggalkan aku. aku jalan je naik. segan. haha. tapi tak kesah. ni sekolah aku jugak. sampai atas aku salam dengan cikgu cikgu. alhamdulillah diaorang ingat aku. diaorang tanya aku dekat mana sekarang, studies okay? sehat? kenapa datang harini? macam macam lah. aku jawab je.

VIP masuk dewan, aku pun masuk. amik seat belakang. aku perhati je isi dewan. teringat dulu dulu. aku pernah berada di tempat seperti korang korang dulu, aku monolog. dalam dewan ni, macam macam aku pernah buat. SPM dalam dewan, trial dalam dewan, result dalam dewan,  majlis astek, perhimpunan rasmi, dapat hadiah dalam dewan, majlis jadi librarian. pentas tu, aku pernah ada dekat atas tu. kerusi kerusi plastik yang korang duduk ni, dulu aku pernah duduk. ucapan yang korang dengar harini, aku pernah dengar. perasaan yang korang alami sekarang, dulu pun aku pernah. apa yang korang lihat sekarang, aku dah lihat 2 tahun lepas. aku ingat. dan harini.. semua itu macam bermain semula dalam kepalaku. apa yang aku lihat, semua ada cerita. ada kisah. aku sahaja yang tahu. bila kena nyanyi lagu sekolah, lagi aku tersenyum. again.. 
flashback..

teacher start majlis as the MC. aku panjangkan tengkuk cari dia. aku senyum. lama tak tengok teacher dekat depan tu. struktur ,kiasan ayat masih macam dulu. bakat yang dikurniakan Allah, dimanfaatkan. teacher berbakat besar. tak pernah lokek nak curahkan ilmu pada ank muridnya. aku salah seorang daripadanya. bila ucapan, biasalah. tidur ada, borak ada, termenung ada, makan ada semua adalah. aku tersengih pandang diaorang. sabarlah.. tak lama habis la ni. banyak perubahan dah dekat sekolah ni. aku dongak, aku nampak DEWAN WAWASAN. berapa banyak dah students pandang ayat tu.. tak terkira..

paling best junior datang sorang sorang salam aku, tanya aku dekat mana, rindu lah dah lama tak jumpa, kenapa comel sangat er... hahaha. ingat lagi dekat aku. seronoknye :) aku jumpa junior debate, ramai ramai serbu aku. seronok diaorang jumpa aku. aku pun sama :) satu satu tanya aku dah makan. aku taknak, sebab tuh dewan makan masakkan untuk diaorang. aku.. tak makan pun takpe. tapi rezeki. teacher pulak call, ajak makan semeja dengan cikgu cikgu. Ya Allah.. segannya. jumpa teacher, aku nampak dia senyum dekat aku. aku salam, aku peluk. rindu. dia pegang tangan aku, masuk dewan jalan tengah tengah dewan ajak aku makan. Ya Allah.. segannya budak semua pandang. haha. tapi, kau ada? LOL. jahat gila. 

aku pandang lama kelas lama aku, 5 Awam 1 dari jauh.. koridor tu.. kafe.. staffroom.. padang.. tangga tu.. masyaAllah.. sebaknya YaAllah.. disini aku belajar.. mengenali orang.. menemui kemampuan diri.. bermain dengan kawan kawan.. belajar hidup sebab form4 asrama.. siang malam disini.. siang malam dengan kawan kawan, cikgu.. jatuh bangun.. sedih gembira.. semua di sini. dan di sinilah aku terpisah dengan kawan kawan aku after SPM. ni belum lagi masuk compund asrama. meleleh dah kot. haha

lepastu lepak dekat rumah teacher. solat, berehat. teacher online, aku tertidur dekat sofa. LOL. tak senonoh. hueeee. dah teacher bagi. hehehe. asar, lepastu aku borak dengan teacher. and seperti biasa.. aku menongkat dagu mendengar ceritanya.. amanatnya.. yang aku simpan kemas dalam fikiran.. dan hati untuk guide aku di masa akan datang. mama papa datang amik aku depan rumah teacher, mama cakap cakap dengan teacher sekejap and aku pulang dengan perasaan yang hanya Allah sahaja tahu. aku teringat Arif, aku tersenyum dan aku mengucap syukur alhamdulillah atas nikmat ini :)

kalau korang cakap, ini kali terakhir korang pijak sekolah ni, lepasni tak nak dah datang.. korang silap.. sangat silap.. itu orang sombong yang bercakap. korang rasalah perasaan ini.. korang mesti nak datang lagi. aku bukan top scorer, aku bukan ketua pengawas, aku bukannya orang yang menyumbang paling banyak dekat sekolah ni. tapi silaturrahim yang ada.. kenangan yang ada.. perasaan sayang yang ada.. buat aku datang balik sekolah ni walau aku sudah tidak terlibat dengan sekolah ni, tanpa rasa malu atau ragu ragu sebab aku sangat hargai sekolah ini dan cikgu cikgu dekat sini. mereka buat aku jadi begini. insyaAllah aku akan datang semula..

i am so happy and grateful because i have everyone that i love around me. Allah,mama,papa, families,teacher fazilah,friends and arif :) i pray hard this will never end. im so happy till i cry.


i dont know what is so special about me. but people keep saying it. all i can say is.. alhamdulillah.. Allah bagi pinjam :)



Comments