BIARLAH BEGINI

"
Mengucap cinta, rindu kepada ALLAH dan RasulNYA adalah makanan jiwa para AHLILLA...H. Tatkala dia berasa jatuh cinta dan ingin mengungkapkannya kepada sang makhluk tetapi melihat pula diri masih terlalu faqir dalam mencintai ALLAH dan RasulNYA, hati bergetar terasa bagai telah curang kepada ALLAH dan RasulNYA!
 Seandainya kisah cinta manusiawi itu telah digenggam, namun hatinya masih tetap meletak...kan cinta terhadap ALLAH dan RasulNYA sebagai yang teratas. Tidak sesekali bersedih bila cinta fitrahnya dilanda ujian. Biarlah dia tidak dicintai makhluk asalkan hatinya berasa penuh dengan kecintaan terhadap ALLAH. Ramai manusia yang bersedih bila ditinggalkan makhluk tetapi tidak bersedih diri yang sedang lalai mengingati ALLAH.
Tiada kesakitan di dunia bagi para AHLILLAH kerana hatinya dalam tawanan ILAHI. Hanya jasad di bumi tetapi jiwanya telah tiba di akhirat sebelum sempat si jasad menyusul!


kerana betapa sakitnya
betapa sedihnya hati ini
hanya Tuhan yang tahu.
setelah gagal meneruskannya bersamanya
setelah pelbagai perancangan dan angan angan untuk bersama.
aku biarkan hati ini bebas
bersama sesiapa
menyerahkan segalanya pada yang Esa.
kerana perpisahan itu menyakitkan
sedangkan aku dan Dia
tak akan pernah berpisah dan tak akan berpisah
aku pujuk hati ini
aku tahan air mata ini
aku tahan nafsu ini
untuk hanya terus bersama pada pencipta yang satu.
biar lah hati ini terbuka semula
bila sudah bersedia
bila? aku tak tahu.
tapi hati ini sudah serik.
hati ini telah letih.
berputus asa buat seketika.
memberi laluan untuk memenuhi hati dengan amalan.
moga mendapat ketenangan dan beroleh kejayaan kelak.
untuk keluarga dan diri.
amin.

future husband, selamatkanlah future wife kamu ni.
hueeee




Comments