:)

Ya Allah
Rasa cinta itu fitrah manusia
Siapakah aku untuk menolak cinta yang hadir dijiwa tanpa paksaan


Hidup ini tidak akan sempurna tanpa cinta
Dari Tuhan yang Esa
Kerana cinta, kenal Pencipta
Dengan cinta, kenal Rasulnya


Jangan terluka jika kau tidak mendapatkan cinta seorang adam
Kerana Allah sentisa mencintaimu dalam diam
dan carilah seorang sahabat kerana itu bisa membahagiakanmu


Ya Allah
Bila dia untukku
Bila dia jodohku
Bila dia ketentuanMu untukku
Maka akrabkan kami dengan redhaMu


Ya Allah
Bila ini bukan masanya
Bila ini belum saatnya
Jarakkan kami
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia sia
Agar kami tak mengundang murkaMu


Ya Allah, lapangkanlah hatiku dengan ketentuanmu


Betapa sucinya kasihMu, Tuhan
Betapa Agungnya kebesaranmu
Diri ini mengharapkan cintaMu terlebih dahulu
Kekalkanlah rasa kehambaan ini Ya Allah


Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana (Al-Anfal:63)


Cinta Allah itu adalah segalanya.. cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selama lamanya. SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu.. manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA.. maka SETIALAH pada cintaNYA..
Apa khabar jodohku?
baik baik kah engkau disana?
sungguh aku ingin melukis wajahmu di Qalbu ku
Namun aku tak berani mereka-reka wajahmu kerana sungguh hanya Allah yang mengetahui

Apa khabar jodohku?
apa khabar juga dengan iman mu
apakah kian hari kian bertambah
jodohku..
memanglah aku belum tahu siapa dirimu
namun aku harap engkau adalah lelaki yang selalu mengisi hari harimu dengan Dzikir Ilahi

Apa khabar jodohku?
aku harap engkau senantiasa dalam lindungan Allah
jodohku..
berdoalah agar segera kita dipertemukan
jemputlah aku menjadi bidadari hatimu..


perkongsian dari seorang sahabat. syukran ^^


Comments