KUANTAN #28

bismillahirrahmanirrahim
yaAllah, kau ampunkanlah dosa dosaku
ampunkanlah dosa ku yang sebelum dan selepas
kau jauhkanlah aku dari azab api neraka


yaAllah,
kau bukakanlah hati ku seluas luasnya untuk ilmuMu
lapangkanlah dadaku unutk menerima ilmuMu ini
permudahkanlah urusan menuntut ilmuMu ini
jauhkanlah dari sebarang kesulitan untuk memahami apa yang aku belajar
jauhkanlah dari kesulitan untuk mengingat apa yang aku belajar yaAllah
ingatkan diriku niat aku kemari untuk apa yaAllah
jangan biarkan aku leka dan lalai
berkatilah segala usaha dan pengorbanan aku yaAllah
murahkanlah rezeki ku
berilah aku kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi hidup ini
berilah aku kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk menerima segala qada dan qadarMu
sesungguhnya Engkau maha mengetahui
Kau tahu apa yang terbaik untuk hambaMu ini
biarlah aku menerima keranaMu dan menolaknya keranaMu jua


yaAllah
kau peliharalah diriku
kau peliharalah nafsuku
kau peliharalah niatku
kau peliharalah akalku
kau peliharalah niatku
kau peliharalah ibadatku
kau peliharalah akhlakku


Kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus
jalan yang diredhai olehMu
jauhkanlah aku dari sifat malas
biarlah aku menggunakan masa sebaik baik mungkin
kurniakanlah aku dengan sifat mahmudah
jauhkanlah aku dari sifat mazmumah
kau peliharalah hubungan ini yaAllah
ampunkanlah dosa kedua dua ibu bapaku
Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil


amin, yarabbal a'lamin..



Comments