KUANTAN #30

assalamualaikum
peace be unto you and so may the mercy of Allah and His blessings (:


aku menerima kerana Allah dan menolaknya kerana Allah

korang faham tak ape bende statement ni? 
aku suka statement ni.
really inspire me in everything and anything yang aku buat. lillahita'ala. i.e, niat, hanya kerana Allah.
kefahaman aku ialah 
*ini kefahaman aku. kalau ada yang silap atau bercanggah, mintak maaf. sila betulkan saya (:


1. aku menerima segalagalanya, seperti pujian, kejayaan, kegagalan, kesedihan, kebaikan dan segalanya kerana Allah. bukan untuk riak, ingin menunjuk nunjuk. kau tak akan give up bila down. sebab, kau terimanya kerana Allah. pencipta kita semua.


2. dan aku menolak segala kejahatan dan kemungkaran kerana Allah dan bukan kerana hey, aku benci kau. ego kau. emosi kau, diutamakan. 




example yang pertama


aku menerima kebaikan ini kerana Allah. 
orang puji kau, alhamdulillah. kau ingat, "aku comel ni pun, pinjaman sahaja. terima kasih sebab puji ciptaan Tuhan ni".
result best, alhamdulillah. Allah murahkan rezeki aku. 
aku menerima si dia kerana Allah. bukan kerana nafsu, rupanya, kayanya, atau bijaknya. its like, kau terima dia seadanya. ikhlas, kerana Allah. mensyukuri insan yang menghargai kau dan nikmat hati dan perasaan yang dianugerahkan. dan pada masa yang sama kau berdoa, adalah jodohnya nanti. 
dalam kau menerimanya, kau ingat pada Dia. sebab segala galanya dari Dia. esok, lusa kau boleh je clashed dengan dia. tapi kau tak kan sedih macam mati laki. 
sebab? sebab kau ingat Dia selalu. dan Dia ingat kau. 
kau tak akan rasa sedih tahap gaban and kau jadi lebih motivated and sedar. tiada yang kekal selain Dia. indah kan perasaan ni. taknak ke? sebab tu aku macam tak kisah kalau husband aku nak poligamy. haha. LOL. ntah la. sekarang bagi. nanti? NTAHHH ape meghaban ntah. kalau kau nak memilih sangat pun, take a look dekat diri kau? kau cukupkah paras rupanya? akhlaknya? tidak bukan. bersyukurlah ada orang terima kau secomot comot itu. hueee. 




aku menerima dugaan ini kerana Allah. as in, musibah, pointer kau, result kau, kesusahan, kematian, perbalahan dan lain lain. dan kau menerimanya dan menghadapinya berniatkan kerana Allah. Allah yang bagi kan. kau tak menyalahkan diri orang lain. kau masih tersenyum walau ditimpa macam macam. kau berprasangka baik pada Allah. kau yakin, setiap perpisahan itu, ada hikmahnya. kau sabar. kau redha. kau sedih. tapi kau tahu, Allah ada perancangan yang lebih baik. and kau move on.

example yang kedua




aku menolak sesuatu yang aku suka, tak suka, kejahatan, kemungkaran, perbalahan kerana Allah. 
kau marah dia, bukan sebab kau benci dia. tapi sebab kau niat, Allah, please aku nak betulkan dia. ingatkan diri aku jugak dalam masa yang sama. 
yaAllah, aku malas nak bangun pagi2 untuk belajar. tapi untuk Kau, untuk belajar ilmu Kau, aku bangun yaAllah. kau permudahkanlah. 
Allah, aku tinggalkan dia supaya dia cari diri dia sebenar. berniatkan Kau. aku dah banyak rosakkan dia. 
Allah, aku tak terima dia sebab Kau. aku takut aku tak ingat pada Kau. aku taknak cakap aku rindu dia, walaupun aku nak. sebab dia bukan muhrim aku. aku istighfar bila teringat dia, sebab dia bukan muhrim aku. 
kau kontrol nafsu, kehendak hati yang boleh bawa kau kepada maksiat hati, akal. ingat Allah la jugak tu kan. 
kire macam kau tak ikut kepala kau sendiri. kau tak emosi. kau niat baik. lillahita'ala, i.e kerana Allah. kau mendahulukan Allah dalam segalanya.




well, aku admit. aku banyak khilaf. even a few things yang aku cakap dekat atas tu pun, aku ada je buat. post ini untuk mengingatkan aku dan mudah mudahan, mengurangkan apa yang tak patut aku buat. and who knows, yang membaca. tak tahulah ada ke orang yang baca blog aku ni -.-"

yeah. perfection is never kecuali Allah. but yeah, try la ubah sikit sikit. perlahan lahan. ambil masa. perubahan datang dari diri. bukan dari orang lain. paksa diri tu sikit. dari paksa la menjadi habit dan bila jadi habit, jadi amalan seharian dan akhirnya manjadi ikhlas dan rasa tak kena bila tak buat (: insyaAllah. seperti aku. liat betul nak bangun 3 pagi. tapi bila dah lama lama, alhamdulillah. kurang ke-liatan-nya. vocab baru xD  dalam perubahan la ni. in trial. heeee. 

itu jelah kot. (: 
assalamualaikum 
4.29 am

Comments