KUANTAN #34

nak aku cakap jujur?
baiklah.
jujur aku takut dengan apa yang akan terjadi.
jujur aku takut dengan apa yang aku ada sekarang.
benar, aku bersyukur. 
tapi aku takut, aku akan berubah dengan apa yang aku ada.
esok? minggu depan, tahun depan.
apa akan terjadi pada aku
hidup lagi kah?
sihat lagi kah?
masih islam kah aku?
dapatkah aku menulis ini semua lagi?
banyak sangat persoalan.
penat nak fkir.
nak agak.
benar aku merancang. tapi sejauh mana kepuasannya?
sebab tak akan ada noktahnya
akhirnya.. aku berserah pada yang maha mengetahui, maha bijaksana.
pokoknya, aku usaha, aku berdoa, aku harus sabar..
mohon seperti apa yang dihajati.


malam ni hujan. 
aku pandang kuantan aku.
dah nak habis dah.
dah sampai penghujung.
dapat call from mama haritu.
berat nak beritahu aku balik lambat sehari.
aku rindulah rumah.
bukan rumah. tapi mama dan papa dan siblings.
puas bercakap, malam tu aku janji nak call papa.
tapi last last, papa yang call. (:
hati gembira, tenang. alhamdulillah (:


aku tahu, diorang akan pergi satu hari nanti..
aku tahu, aku akan mempunyai zuriat, keluarga seperti mereka satu hari nanti
memikul tanggungjawab bersama teman hidup
dan aku tahu, kesudahan aku pun sama..
kita tak lama.
bagaimana roda itu berputar, begitulah hidup kita.
kembali ke tanah jua
sebab tu apa yang aku ada aku akan cuba untuk besederhana.
sebab aku ni penakut.
takut nak rasa sedih. rasa kehilangan.
pengalaman mengajarku untuk berkongsi, bersederhana, dan selalu bersama Dia.
berdiri di kaki sendiri.
berusaha untuk membawa diri, menyara diri, membina kejayaan sendiri.
kerana kau akan bersendirian di penghujung
ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman, dan mati takkan berteman.


kau belum sampai ke tahap itu lagi.
jujur, kau belum lagi.
mungkin, tidak akan pernah.
sebab ada lagi yang berada di atas kau.

monolog dalaman yang akhirnya tertulis..


Comments