23.4.2012

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum
peace be unto you and so the mercy of Allah and His blessings :)


tak semua kau rancang akan berlaku. mungkin nasib tak menyebelahi aku -yunakita hanya merancang. tapi Tuhan yang menentukan. dan sesungguhnya perancanganNya lebih hebat daripada kita...kalau kau tahu perancangan Allah untuk hamba-Nya, nescaya kau akan menangis kerana keindahannya...Allah beri apa yang kita perlu. bukan mahu...mungkin Allah tak bagi lagi apa yang kau mahu sebab dia suka dengar kau berdoa padNya...


sesungguhnya.. tiada apa yang aku pinta. cukuplah dalam doaku, aku mohon akan ketenangan dan ketabahan dalam apa jua qada dan qadarku. aku mohon, kuatkanlah diri, berilah kesabaran dan kesyukuran atas nikmat rezeki yang diberikan. jujur, jauh di sudut hati, aku inginkan kejayaan itu. namun, aku takut harapan yang menggunung, hancur rebah menimpa diri. membuatkan aku sakit. yaAllah.. memikirkan hari yang bakal tiba. yang boleh dihitung dengan jari jemari.. yaAllah.. sudah hampir.. sudah hampir untuk aku mengetahui kemana arah tuju ku kelak. aku seolah olah menganggap ini yang terakhir kalinya bukan? umpama sudah tiada ruang untuk aku bernafas selepas ini. haha. tapi apakan daya. harapan insan insan yang aku sayangi, yang mengharap, yang telah berkorban untuk ku.. ingin aku balas dengan kejayaan itu. moga aku nampak wajah ceria mereka. 

perasaan ini datang lagi. buat kali keduanya. perasaan yang mampu melunturkan senyumanku. gelak tawaku. nafsu makan ku. dan tidurku. hanya kerana memikirkannya. sungguh. kerana aku takut. senyuman, gelak tawa harini, aku akan kenang selepas menerima keputusanku. dan berkata pada diri, "kelmarin aku bergelak ketawa. harini...." aku tak tahu.. aku sudah letih nak mengagak. aku jemu nak tweet. melayan perasaan ku dengan baris baris kata yang membuat aku alpa dan lalai. sebab kalau aku tweet keresahan aku, kerisauan aku.. adakah akan merubah segalanya. adakah akan memberi ketenangan jiwa selamanya.. tetap sama bukan.. maka aku diam. diam dari bersuara. dari memberitahu ramai apa yang bermain dia fikiran. di hati. kerana aku tahu. semua merasa debarannya. usaha telah dicurahkan. doa telah dipinta. segala galanya telah dilalui bersama. dan kini. apa yang mampu ku lakukan, ialah menunggu. mengharapkan yang terbaik. tapi pada yang sama menyediakan diri untuk yang sebaliknya. aku habis kata dalam doaku.. mengulang perkataan yang sama.. niat yang sama.. keinginan yang sama.. aku mengaminkan doaku dengan air mata.. mohon dimakbulkan..

terusan berprasangka baik terhadap qada dan qadar Allah..
yakin akan pertolonganNya..
yakin akan kekuasaanNya
kerana Dia maha mengetahui segala galanya
Dia maha adil
maha bijaksana
maha penyayang
dan Tuhan sekalian alam..

aku.. berserah padaNya
aku redha..
dan berharap ibu dan bapaku juga begitu..
maaf andai diri ini masih menemui jalan kegagalan
janganl tinggal aku keseorangan..
kerana diri ini masih lagi mentah
dan masih merangkak rangkak mencari diri..

dan untuk janji janji yang aku berikan sebelum ini
maaf andai tidak terlaksana..
aku minta maaf..
mungkin belum tiba masanya..
mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua..
aku menghitung hari.. 



Comments