BASKIN ROBIN DAN LAMBORGHINI

maaf jika kau mungkin tidak faham seratus peratus apa yang aku cuba sampai kan. mungkin mesej aku tidak beberapa jelas. mungkin banyak yang ingin kau perkatakan. contoh yang aku berikan juga, mungkin tidak mengukuhkan kedudukan aku. aku rasa, masih ada persoalan dalam diri kau walau telah banyak yang dibicarakan semalam. 


tapi apa yang aku ingin kau tahu, hati ini sudah mulai keras. susah hendak terlalu jatuh dan tersungkur oleh permainan perasaan. susah untuk "cair" senang cakap. haha. bila perasaan memerlukan engkau itu mula datang, aku akan cuba kawal. mungkin pengalaman lalu membuatku begini. tidak ingin sakit lagi. mungkin kata kata ini umpama impossible untuk dilakukan atau ini hanya omongan sementara. kerana soal hati dan perasaan ini, sangat susah nak di jangka. kerana yang lebih mengetahui ialah DIA. dan bukan aku. tapi kalau Allah dah takdirkan, aku sangat sangat bersyukur. tapi, telah di setkan di dalam hati dan akal ini. cuba di setkan bahawa, apa yang aku ada ini, bukan milik aku sepenuhnya dan bukan selamanya. jadi aku harus berkongsi. (tapi gagal bila melibatkan makanan. hehe) termasuk kedua ibu bapa ku. (tapi degree sayang ku terhadap ibu bapaku dan engkau berbeza) dan apatah lagi kau. dengan kedudukan kita yang belum pasti dan terumbang ambing. kurang pandai jika aku katakan kau, aku yang punya. jujur, hati ini ingin, tapi bila mengingatkan qada dan qadar, aku muhasabah. mungkin akan terjadi dan mugkin tidak. taknak berharap sangat. tapi aku inginkan ini terjadi. kita berdua. setiap rasa rindu dan pengakuan, aku beristighfar. tidak seharusnya aku terlalu merindui yang bukan halal dan memikirkan yang bukan halal. pernah seorang sahabat mengatakan, jikalau kau terlalu merindui seseorang yakni berlainan jantina, maka telah hilanglah rindu kau terhadap Allah. tapi lain lah ceritanya bila kau sudah berkahwin dan bernikah. namun, masih perlu ada ingatan pada DIA dan DIA masih didahulukan.



jadi, layan lah aku dengan sederhana kerana sesungguhnya hati perempuan ini mudah terusik. sangat mudah terusik. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana reaksi pada wajah dan hati terlompat lompat dengan tarian riang ini bila dilayan dengan begitu baik. kau buat aku terharu dengan sikap kau terhadap aku. ini yang pertama kalinya. tapi satu aku pinta. jujur dan ikhlas padaku dan lakukan kerana DIA. kalau ada jodoh, engkau dan aku, aku akan mengikut engkau. aku tidak menolak kurniaan ini. aku bersyukur. bawalah aku kemana. aku turuti apa kau mahu. tapi selagi belum halal, nasihati lah aku. tegur aku. ingatkanlah aku perkara perkara yang baik. jangan pernah takut kerana saling ingat mengingati, adalah satu tuntutan. tapi kalau benda dah baik, apa salahnya kan :) dan selebihnya, biar aku yang tentukan. 



tapi aku punya nafsu dan hanya manusia yang banyak dosanya. punya kemahuan. punya hati dan perasaan. ada sahaja perkara perkara di atas aku buat. ada sahaja. aku tak kata aku sangat lah baik dan sangat lah betul segala apa yang aku cakapkan. ada sahaja yang mampu menimbulkan persoalan dan boleh dibetah. aku tahu. tapi ini apa yang aku rasa dan insyaAllah, betul pegangan dan kefahaman aku ini. kalau ada yang salah dan terpesong, mohon diberitahu. sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan datangnya daripada aku. kadang kadang kita terbawak bawak dengan pengalaman sendiri sampai mempengaruhi cara pembawakan diri dan intrepetasi. lain orang, lain caranya. tapi aku harap, aku tidak lari dari landasan sebenar yang ditetapkan olehNYA. hubungan dengan PENCIPTA harus dijaga dan juga hubungan dengan orang lain juga, harus di ambil kira. itu aku selalu pesan pada diri. kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. 



aku tak minta orang yang tampan, aku tak minta yang mewah. cukuplah dia ingat pada PENCIPTANYA, keluarganya, tanggungjawab pada dirinya, diriku dan zuriat, aku sudah cukup bahagia. yang mampu menerima aku apa adanya dan aku juga menerimanya apa adanya. yang bersama ketika susah senang, baik dan buruk. yang membelikan aku ice cream bila aku perlukannya. haha ;D wanita solehah hiasan dunia. aku masih cuba memperbetulkan diri untuk kau. melengkapkan diri dengan ilmu dan amal.
i'm his girlfriend who's praying to be his wife, one day. insyaAllah.




jangan risau.. 
perancangan dan rezeki Allah berikan itu dah paling awesome untuk kau
bersyukurlah menerimanya dan sabar menunggunnya (:


      nak tengok el tigre :F assalamualaikum.

Comments