MENCARI

ketika cinta mula berputik untuk menceburi bidang arkitek di teknik, aku terima dengan hati terbuka. cadangan ibu bapa ku kerana aku umpama masih tercari cari hala tuju ketika di tingkatan 4. mungkin mereka nampak aku ada potensi untuk ke situ. jadi, berbekalkan pada nama arkitek itu, aku gunakan untuk memberitahu ramai tujuan ku ke teknik. saya masuk teknik, sebab nak jadi arkitek. wah. gah sungguh ayat itu. macam budak hingusan baru belajar struktur ayat. tapi niat dia hati, semangat itu, ada. untuk kedua ibu bapaku. untuk diriku. subjeknya lukisan kejuruteraan (engineering drawing) (ED), civil engineering, physics, chemistry, addmaths dan lainlah. 10 semuanya. namun mungkin hanya pada nama arkitek itu aku kenal. niat aku masih kabur. di fikiran itu, arkitek itu boleh dicapai. tapi, usahanya tidak begitu gigih barangkali. cintaku tidak kesampaian. mungkin bukan rezeki aku dalam bidang pembinaan bangunan ini barangkali. mungkin bakat seni yang ada ini bukan pada arkitek. pada lain. mungkin, mungkin. aku bukan Tuhan. mungkin saja yang boleh aku cakap. jadi aku pergi, tinggalkan arkitek. berat hati ini kerana sudah mula bercinta. tapi putus di tengah jalan. haha. geli lah ! >.<"

awal 2011, aku dipertemukan dengan program undang undang. asasi undang undang di UiTM Kuantan. terkejut. bersyukur. pelik. EHHH. apeni?? dulu belajar buat jalan raya yang berlapis lapis tu, buat foundation bangunan, buat soil excavation, buat cerun, tambak cerun. ni dah apeni??? tapi itulah. kasih ibu dan ayah. sedap je ayat diaorang cakap pasal law ni. lembut je kata kata mereka memujuk hati ini. aku ni apeje. maka beralih lah hati ini untuk mula mendekati undang undang. mungkin ini yang sudah tertulis. mungkin.. mungkin.. dengan pengetahuan yang kosong, aku mula mempelajari apa itu undang undang dan segala isi dalamnya. pada ketika ini, aku mula fikir, ini lah dia. jalannya. buat betul betul atau menyesal betul betul. banyak yang telah di laburkan untuk aku ni. tapi lepas asasi bukan konfim konfirm dapat degr law lepastu. jadi tuan magistret, memang sebatu lagi. hmmm. ah, aku sudah tepuk dahi. hmmm. takpelah. aku buat saja. lama kelamaan, cinta pada undang undang itu, datang. cinta yang membuatkan harapan untuk ke degr undang undang. tapi yelah kan. kita merancang. Tuhan menetukan. dan perancangannya jauh lebih hebat untuk kita. aku terkandas lagi. cinta kedua ku terkandas lagi.

aku.. sedih. tapi.. kegagalan yang lalu, membuat aku sudah biasa. kalau sudah biasa, mesti senang nak bangkit kan? hmmm. masa. beri aku masa. aku.. jatuh lagi. kali ni jatuh yang agak sakit kerana harapan. harapan kedua dua ibu bapaku. pasal aku, jangan ditanya. dah kering dah luka ni. luka yang ditoreh kembali. aku redha.. mungkin masih belum ada rezeki aku. aku harus mencari lagi dan terus mencari. cuba dan terus mencuba. sabar dan terus sabar. menangis harini, tak bermaksud menangis selama lamanya. walaupun, dulu aku pernah begini. aku tahu.. Allah sayang aku..

yaAllah.. Tuhan yang pengasih lagi penyayang, Tuhan yang memberi rezeki, Tuhan yang maha bijaksana, Tuhan yang maha mengetahui, Tuhan yang maha adil. kuatkanlah diri ini untuk menerima qada dan qadarMu. sabarkanlah dan tabahkanlah hati ini dan kedua dua ibu bapaku. jangan biarkan aku berputus asa. sesungguhnya Kau tahu lebih daripada aku.. mungkin ini yang terbaik dari Mu untukku.. aku redha.. yakinkanlah diri ini akan pertolonganMu.. kukuhkanlah kecintaanku padaMU

cinta ketiga aku. apalah agaknya..



Comments