PANAS

panas petang ni. terasa bahangnya walau aku di dalam. kipas siling pun terus berpusing dan berpusing pada takuk 4. radio masih setia memutarkan lagu. berharap mampu meredakan kepanasan yang melanda. sikit sikit adele. set fire to the rain. takde stock baru ke apa fly fm ni. tak apalah. aku duduk dengan tenang. nak update blog. tiba tiba perasaan itu datang. 5.10 petang. 2 april. aku terjaga. terbangun dari lena. apa aku buat harini. pagi tadi aku bangun, jam lapan. tengok KONY 2012 dengan anwar hadi and then LAWAK KE DER. then.. aku sambung balik golek golek and tertido. nak buang masa tunggu youtube buffer. selang beberapa jam aku bangun, tak habis buffer lagi. hampa. aku kemas bilik. sapu. mop. mandi. samata mata tunggu habis buffer. nice. habis dah buffer. nak play, rupenye belum habis buffer. kecewa. aku gerak masuk bilik mama. tengok tv. movie. captain amerika. habis, bibik panggil makan tengah hari. bersendirian lagi makan tengah hari aku. lepastu aku online. bosan. benda yang sama. aku tengok tutorial pashmina. tak suka. lebih baik aku buat sendiri. lepas buat beberapa lilitan hebat pada pashimna dan terasa awesome, aku stop. farina dah balik sekolah. lepak dengan dia kejap sambil tengok tv9 dekat bawah. kemudian aku naik masuk ke bilik. okay. mengantuk. berehat sebentar. ternyata memang sementara. dan kini 5.19pm aku bangun, memberitahu segala gala. tak sampai sejengkal cerita aku harini. tambahan, kalau aku teringat dia, aku text dia sekejap. cakap cakap. lepastu habis. dia ada class. yeah. begitulah. aku tak mengeluh kot. cuma aku terasa nak menulis. berkongsi apa yang aku fikirkan. mungkin tak seserius post post yang sebelumnya. ini lebih kepada post aku nak syok sendiri dan tambah bilangan post dalam blog. oh! ini yang pertama pada april 2012. 


kerja? hey. aku mahu lah kerja. betul aku mahu. tapi bukan kerana duit sangat. sekadar mengisi masa aku. tapi akan menjadi penting duit itu bila aku memikirkan wang itu untuk belajar aku nanti. mungkin mei aku mula. april aku masih ingin bersantai. lagipun aku ada agenda. aku rasa NAREN tak mahu aku mula kerja di tengah tengah bulan. mama pun ada meeting seminggu pada april. aku kena teman rina dekat rumah. jadi, memang aku tak berkesempatan nak mulakan kerja pada april. 


keluar? relax lah dulu. budak UM belum balik. biar lengkap kami 4 berangkai baru keluar dengan kereta merah milik kimah tu. lagipun, aku masih suka berada di rumah. time makan aku dijaga. cuma, aku jadi agak kebuntuan bila dah beberapa hari aku tak mampu nak solat. kekosongan itu terasa. benar. betul betul terasa. tak mengapalah. ini lah kitaran hidup bagi seorang perempuan. cukup seminggu, aku kembali memakai telekung dan mengaji. mungkin dapat meneruskan solat sunat aku di awal pagi seperti di kuantan. mohon dan berdoa pemeriksa kertas aku lembut hatinya. mohon di permudahkan semasa menanda kertas. mohon dimurahkan rezeki. mohon di beri kejayaan untuk diri dan rakan rakan. amin.



risau? gila tak risau. apa lah kesudahan aku nanti. tapi sampai bila aku nak risau. sampai bila aku nak tweet kerisauan aku. mengadu pada dia, aku risau. aku pun jadi penat. arif pun mungkin jadi penat nak mendengar aku asyik mengadu. jadi, lebih baik aku terus berdoa dan mengharap pertolongan dari Allah. itu sahaja yang mampu menenangkan aku. bukan kata kata dari manusia. atau pujukan mereka. 


mama dah balik. online ke kerje kau? naa. baru bangun tidur. hmmm. memang tak produktif aku ni. nasib baik mama balik. dapat aku masak masak dengan dia dekat dapur. oh ya. aku macam nak uji kemampuan aku di dapur. hihi. cubaan hendak masak nasi goreng dengan buat dadih dan buat kek chocolate cookies dengan krim lemon ^^ awesome lepas masuk dalam fridge (: aku je yang makan banyak lepastu. hehe. kbye. mama suruh teman farina naik basikal dekat porch.
assalamualaikum.




maaf jika macam menjengkelkan. heeee.

Comments