16.29

hinanya diri ni. baru nikmat yang sedikit ni, dah riak macam ni. patut la tak semua aku mahu, aku dapat. tak semua kejayaan yang aku minta, tak dapat. sebab dalam aku kotor. keras. tidak ikhlas. cepat lupa pada Allah. sebab aku cepat riak. cepat sombong. cepat angkuh. cukuplah dalam diri ni saja yang tahu, betapa angkuhnya diri ni. takpayah nak cerita satu satu. sebab banyak. banyak sampai aku malu. riak tanpa aku sedar dan riak yang disengajakan. astaghfirullahalazim.. kenapa boleh jadi macam ni. sedarkan semua ni bukan kau punya. kebahagiaan ini. nikmat ini. segala puji pujian dan kata kata manis orang. rupa paras ini. pakaian ini. ilmu ini. makanan ini. kemewahan ini. kesenangan ini. kedudukan ini. kejayaan ini. bukan kau yang punya. bila bila masa boleh ditarik. bila bila masa boleh hilang begitu saja. nyawa yang ada sekarang, sekelip mata boleh dia ambil. apatah lagi nikmat Allah ini. kenapa begitu riak. kenapa begitu sombong. kenapa begitu merasakan kau begitu gah dan orang lain hanya sampah. kenapa kau pandang orang yang memberikan peringatan sebagai sesuatu yang menjengkelkan. kenapa.. kenapa kau begitu hina? yaAllah.. hinanya aku.. sedarkanlah diri ini. sedarkanlah diri ini selalu. berisighfarlah padaMu selalu. jangan pernah ingat kau lebih mulia. jangan pernah ingat perbuatan mu, solatmu, tutup auratmu sudah memadai untuk memuliakan kau. lihatlah dalaman kamu. lihatlah hati kamu. ikhlaskah? jujurkah? niat kamu. kerana Allah kah? atau.. kerana orang lain. sikap prejudis kamu terhadap orang lain. fikiran yang memperkotak katikkan orang lain. sedangkan, kau.. bagaimana..? biarkanlah aku menjadi diri aku. tegurlah mana yang boleh membawa ku ke arah kebaikan. bantulah aku. bimbinglah aku. jangan hirau perasaan sedihku, perasaan terasa aku dengan kata kata kau. jika kau ingin kita sama sama berjaya dunia akhirat.

sungguh aku jahil. aku banyak dosa. dosa yang lepas, dosa yang akan datang Tuhan je yang tahu. aku ingin betulkan langkahku. aku ingin mula dari dalam. dari hati. kurniakanlah aku dengan sifat mahmudah. jauhkanlah dari sifat mazmumah. sedarkanlah diri ini.. usiaku meningkat. ajal ku kian hampir. tanggungjawab ku bertambah. usaha ku harus kuat. tapi dengan riak ini, aku lah insan yang paling tidak bersyukur.. walau sehebat mana pun aku. walau aku bersama orang orang yang hebat sekalipun..

sungguh aku sedih melihat diri ku ini..

perpisahan itu akan ada
tapi perpisahan ku disebabkan oleh Allah
tiada lain..
dan aku juga berharap kau begitu.

Comments