6.14

mungkin aku belum dapat merasa itu semua sebab takut aku menjadi riak.*aku ni kadang2 lupa diri sikit*
mungkin masa aku belum tiba.
mungkin ada lagi yang lebih baik menunggu aku.
mungkin aku merasakan sudah cukup dengan apa yang aku ada.
mungkin aku tidak memerlukannya.
mungkin kerana aku dibesarkan begini.
mungkin aku tidak berkemampuan.

mungkin aku dah biasa begini

bukan aku tak pernah meminta. dulu, aku pernah. aku pernah jadi budak budak. nak itu. nak ini. tapi. aku faham. mintak sekali, kalau tak dapat, diam. aku tidak dimanjakan. diaorang bukan tak mampu. tapi diaorang nak aku faham. tak semua aku nak, aku dapat. aku akur. dan aku ingat pesan ini.

"nanti dah kerja. ada duit banyak, beli lah apa yang wani nak." 

mereka tak dapat beri apa yang aku mahu. dan mereka tak dapat beri apa yang aku tak pernah terfikir. aku tidak dipuaskan dengan apa apa di dunia ini oleh keluarga ku. cukup dengan kasih sayang mereka. apa yang ma masak, itulah dia. kalau diaorang nak makan luar, ikut jelah. makan apa yang diaorang belanja. makan ikut kemampuan. dan aku tidak meminta minta. aku tidak mengharap. aku dah biasa begini. duit. banyak benda boleh buat. mungkin duit itu boleh dibelanjakan kepada benda yang lebih penting. untuk adik adikku. bukan aku seorang.

ntah la. nak cakap aku bagus pun, aku tak rasa begitu. kolot jugak aku ni sebenarnya. mungkin ignorance aku terhadap benda benda yang bagi mereka, aneh kalau aku tak merasa. aku tak rasa pelik pun. aku tak rasa terkilan pun kalau aku tak ada itu semua. aku dah gembira dengan cara begini. aku sedih kalau aku makan sedap, adik aku tak merasa sekali. serius. aku akan sedih. alhamdulillah untuk semua ini. apa lagi aku mahu? senang cakap, kebanyakannya, aku dapat apa yang aku perlu. bukan mahu. and i'm ok with it :) alhamdulillah. and.. jangan nak pelik sangat. sebab aku tak rasa langsung kepelikan itu. ;)

dan sesungguhnya kau menyakiti aku tadi. tapi mungkin kau tak berniat. aku tahu. lifestyle aku pelik sikit. kita lain :)

dan beruntunglah bagi mereka. buat yang berkemampuan, percayalah. anda beruntung :)

Comments