HARIHARI SAYA

assalamualaikum :))
hellooo si handsome dan si cantik yang-saya-tak-tahu-perasan-atau-tidak-kewujudan-blog-ini.

sesungguhnya, saya berasa sangat lah percuma, hingga saya tak tahu nak update ape dekat blog ni. disebabkan kasih dan sayangnyee saya pada blog ini, maka, diusahakan jugak untuk update sesuatu. tengah percuma kan ;D

so, post yang sebelum2 ni sangat lahhh islamic, kali ni tak islamic. muahaha. apejadah
hmmm. so. apa saya buat hari hari. dari isnin sampai jumaat? well. agak mencabar sebenanya kalau nak diceritakan.

bangun subuh pukul 6 pagi. tapi alarm lagu 5o'clock. solat solat semua, zikir zikir, duduk termenung kejap dekat sjadah tu, habis 6.20. lepastu, online kejap. tengok apa patut. selalu sampai pukul 7. kalau terlebih tu, maknanya, menariklah apa yang tengah di online tu. then, salam mama. pergi kerja. lepastu, tido.

kalau baik, pukul 8 dah bangun. kalau jahat, pukul 11 bangun. tapi selalu half baik, half jahat. so, pukul 10 bangun. hehehe. ni baru bangun pagi yang betul betul. on radio, bukak tingkap, on laptop balik (tunggu habis loading) then off to shower. kalau puasa, tak makan. kalau tak puasa cari breakfast sambil tengok tv. kalau sempat dhuha kejap. kalau tak sempat, menyesal sekejap tak sempat dhuha. tak pun mengaji. boring, tengok tv. movie. tak pun cari benda nak dibaca.

seperti biasa, laptop dibiarkan on. senang nak tengok twitter. ;D

tengah hari, solat. makan tengah hari dengan farina. kalau tak, sorang sorang. lepas makan,  tolong farina dengan homework. bual bual dengan dia jap. sakat dia jap. dengar dia cerita pasal hari dia dekat sekolah. lepas tu.. tiba tiba terasa dunia aku gelap. hmm. 'pengsan'

petang, solat asar. tengok tv9 dengan farina. cartoon dia bahasa meleyu. ok lah tu. kalau tak best, cari benda yang boleh dikemas. ape2 jelah. aku suka mengemas. sakit mata tengok bersepah sepah. dah tu, tunggu mama balik. sebab selalu ada surprise. kalau takde surprise, buat muka. ;D

malam, ONLINE. tak pun, tengok television bersama. time tu la ma tanya buat apa harni. dia pun mula la cerita apa jadi dekat office dia. aku pun dengar jelah. tapi mama selalu tido awal. baru nak masuk bilik, dia dah tido. farina pun se geng dengan mama. sebab tu aku selalu foreveralone. bercakap dengan kawan siber je. arif sibuk. hahah. ape nama arif pulak ada. haih.. 

begitu la seharian. tapi ada je aktiviti tambahan. ade jelah pesanan hari hari. beli roti. mop bilik. tolong bibik. tukar langsir. cuci toilet. buat jelah pun. untuk mak saya. kalau dapat upah, alhamdulillah. kalau tak dapat, diam jelah. dah dia masak hari hari untuk kite.

Comments