TENUNG.. MERENUNG

1 Pernah tak bila awak masuk mcD dan ada sorang aunty pandang awak dengan hujung mata dia. awak keluar, masuk mcD tu pun dia pandang awak. awak pun tak faham kenapa dengan dia. tudung awak senget ke? eyen liner awak comot ke? awak lawa sangat ke? oh no no. tu last assumption aku.

pernah tak awak nak bayar coolblog awak, tapi kakak yang diri dekat kaunter sana, pandang adik awak macam nak cekik dia sebab.. oh well, budak budak. memang mengada.
"tolonglah cakap dekat kakak tu, nina tak tahu nak cakap apa nanti"
tapi dia yang pegang duit dan beratur --" TAPI JANGAN LA PANDANG ADIK SAYA MACAM TU. pffttt!! saya je boleh. lepastu, dia jeling awak masa nak bayar. okay. bukan pada awak je, customer lain jugak. HOW RUDE! dah la tak lawa. ghsghkasjdkh!!

emosi sikit di situ.

3 awak amik wudu' dekat masjid, and.. somehow, 'jiran' wudu' awak pandang awak. pandang as in eye to eye. memang taknak give up ah dia. macam pandangan mengejek. haih.. saya tahu la tudung saya macam mana. tudung awak macam mana. saya pakai jeans. awak baju kurung. tapi jangan la renung saya macam tu. macam nak serang je dengan telekung2 sekali lepas solat tadi XD tapi takpelah.. terpaksa fokus nak solat berbanding asik memikirkan maksud renungan tu tadi.


okay. saya baru perasan ada satu benda yang saya tak boleh tolerate.

orang merenung saya. lebih precise, renungan yang tak beberapa friendly. but, tak brmaksud saya BEGITU SELESA dengan renungan2 yang friendly. no, bukan tu maksud saya.

benda ni buat saya teringat pesan mama saya. " jangan pandang orang" as in jangan tenung orang lama lama lah tu. especially masa tengah makan ke, ape ape jelah. sebab dia boleh menimbulkan kemarahan orang. orang boleh kerut dahi tau.yelah. kalau dah takde hal, jangan la pandang lama lama. orang tak suka. orang akan jadi tak selesa. biasalah, mana ada orang suka ditenung, direnung dan dijeling tanpa sebab musabab. sebab perbuatan itu seolah olah mencari gaduh. mengundang padah. dan mulalah timbul persoalan begini,
"apehal doe budak tu tenung aku tadi. dah la lama. macam nak cari gaduh je" 
THERE. itulah yang terjadi pada saya. mungkin pada awak awak semua jugak. mungkin. tapi, tak tahulah kalau ada orang suka dirinya diperlakukan sedemikian. haha. kalau ada, beruntung lah awak sebab boleh menerimanya. saya tak tahu kalau saya ter over sensitif or what. saya cuba fikir dan menjadi sepositif yang boleh, oh, mungkin orang orang yang sekian sekian, memang macam tu kot. takde apa apa lah. saja, suka tenung orang. tapi, jangan la amalkan. pandang sikit sudah la. kalau susah sangat, cakap je direct. tapi saya akan pandang balik orang tu dengan adalah-pandangan-saya-tu. haha. bukan nak tunjuk berani, tapi yelah. awak pandang saya dengan renungan nak cari gaduh awak. awak dapat la balik. lagi lagi kalau saya customer awak. molek molek la sikit. kalau dia berani, dia pandang la balik. tapi selalunya ada orang yang akan larikan pandangan. saya lebih suka begitu. dan saya tiada masalah pasal tu. mungkin saya akan senyum balik dekat dia. cakap terima kasih lagi.

so, senyum la pada saya, dan saya akan senyum pada awak semula. tak pun saya senyum dekat awak dulu. tapi kalau awak buat muka jeling 'manja' awak tu, hmmm. moga Tuhan merahmati awak :D


badan tak sihat. takut demam. perjalanan saya masih jauh. hmmm..

Comments