13.49

Wahai wanita solehah, jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yang baik tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita. Andai belum tiba jodohmu, anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana wanita itu sudah pasti ada kekurangannya. Dan adam yang benar benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.

Cintamu pada orang yang kau cintai dan sayangi, titipkanlah.. titipkanlah pada Allah Ta'ala.. Sebab hanya Allah Ta'ala yang Maha Menjaga, dikala kau dan dia saling berjauhan, dikala kau dan si dia saling memendam rindu, ingin bertemu.. Allah menjaga dengan menenangkan hatimu melalui dzikir dan tadabbur. Cintamu pada orang yang sungguh-sungguh kau sayangi, adalah milikNya.. kau jaga selalu Hatimu. copied

jangan pernah merasakan engkau tidak layak padaku disebabkan kata kata ku dan perbuatan ku. itu boleh menambahkan sifat riak dan sombong dalam diri ini yang sedang cuba dikurangkan. biarlah Allah yang menentukan tahap keimananku dan siapa yang layak bersama ku. sesungguhnya aku ini begitu banyak dosa dan masih mencari pahala pahala yang dibazirkan dahulu. aku seperti kau juga sebenarnya :) begitu daif dan hina. duduk di bawah pertolongan Dia. percayalah bahawa sesiapa sahaja boleh mengungkapkan kata kata da'wah dan kata kata dari kitab Al-Quran. tapi apa yang penting hatinya ikhlas , niatnya kerana sayang, niatnya kerana Allah ketika menuturkan dan menyampaikannya..

sayangilah suruhanNya kerana Dia akan menyangi kita berkali ganda :)

Comments