REFLECT

sesak dengan orang. umpama air yang mengalir kehadiran mereka. tak berhenti. tak lengang. habis lampu isyarat hijau, tanda melintas, lampu isyarat kembali merah. tunggu dua puluh saat, kembali hijau. dan begitulah seterusnya. kenderaan mula bergerak. faham dengan lampu isyarat itu. manusia bertali arus berjalan keluar masuk mengunjungi mall yang mampu memuatkan beribu ribu orang. semua dengan hal masing masing. tujuan masing masing. umpama tak pernah letih dan putus pengunjungnya. kalaulah lantai mall tu boleh bercakap... ada yang nak jumpa kawan. dating. urusan kerja. keluar bersama keluarga. melepak ambil angin. pengawal mall yang bertugas, setia dengan uniform dan walkie talkie nya. menjalankan tugas. berdiri dan berjalan di hadapan entrance mall yang luas itu. anak anak muda berjalan keluar masuk dengan macam macam lagak. berwarna warni. bervariasi. seribu macam gaya. seribu macam fikiran. seribu macam mata yang memandang. aku. di situ. berbaju biru belang. berdiri menunggu kenderaan aku. berdiri dengan sabar. menikmati pemandangan petang di sekitar mall itu. memerhati gelagat anak anak muda kini. dan aku dalam kalangan mereka. baya aku je semuanya. beza beberapa tahun aku fikir. kadang kala aku larikan pandangan. bila ada mata yang bertembung. aku tunduk. aku mengelak dari memandang dan dipandang. ada yang terlebih 'pemurah', memberikan senyuman pada aku. aku membuat wajah kelat. dalam hati, mahu gelak sebenarnya. aku terus menunggu. risau sampai lambat. panjang cerita nanti. mata ku terus melilau. pandangan lari dari seluruh genap. kasutnya. bajunya. rambutnya. solekannya. aku melirik memandang mereka dan memberi seribu macam tafsiran. dan aku yakin. mereka juga begitu terhadapku. gah sungguh mereka. gah sungguh lagak mereka. kawan kawan mereka. gaya mereka. pakaian mereka. barangan mereka. berpegangan tangan. saling berbisik. berpelukan pinggang. bergelak ketawa. tersenyum. berpacaran mungkin. ada yang datang ber tiga. ber empat. berlima. dan lebih. chilling with friends agaknya. sama lah macam aku. ada yang hanya berdiri. persisi seperti aku. tenggelam dengan perbualan masing masing. menunggu teman kah? menunggu kenderaan juga kah? atau saja ingin berdiri? kadang kala aku tersenyum tunduk melihat mereka. geli hati melihat keseronokan mereka dengan nikmat dunia. kita sama semua. tiada yang berbeza. yang membezakan, mentaliti. melihat mereka, aku melihat diri aku kembali.

oh.. banyak yang harus aku betulkan pada diri ini..

aku melihat gelagat manusia dan aku belajar.
aku bukan sekadar melihat.
aku melihat dengan mata hati dan akal.


saya pun tak tahu kenapa post ni. 
haha. random.
happy birthday kimah!

Comments