GHAIRAH

tahu apa yang ghairah di twitter sekarang? haha. 
KAHWIN.

sebelum tu, assalamualaikum ^^ 
baru la ada mood nak tulis sejak dah bekerjaya ni. haha. tweet lately ni almost semua cakap pasal kahwin. mendirikan rumah tangga dengan pasangan. nak kahwin. saya nak kahwin. and.. mostly yang tweet, obviously, ada la boyfriend. oh well. aku pun nak kahwin sebenarnya. tapi, maaflah. aku tengok macam batak sangat bila KERAP sangat tweet awak tu nak kawin. saya tahu ayat ni akan keluar. tak suka, bole unfollow. haha. tapi takde pasangan. lepastu nak sedih sedih. apa kata kalau kita simpan dalam hati keinginan itu. cakap dalam doa. bukan dekat twitter. dan aku jadi kurang senang, bila asyik terbaca tweet sebegitu tanpa tweet pengisian dan penyediaan menjurus kepadanya i.e kahwin. lantaran, menyalahkan ibu bapa yang tak beri lampu hijau nak kahwin. yang asyik di tweetnya, seronoknya kalau kahwin. korang kerap sangat tweet kehendak korang yang nak kawin tu, sampai aku rasa dah jadi benda main. maaflah. aku pandang serius pasal perkahwinan. ini bukan benda main. cukup cukup lah tu nak main main. usia dah nak dekat 20. sebab nyawa nyawa baru, insan insan baru boleh terlahir hasil daripada perkahwinan, insyaAllah. zuriat kita. kita yang akan mencorakkan mereka. buruk didikan ibu bapa, maka buruklah anak itu. wallahualam. and obviously, kita semua nak anak anak kita, keluarga kita berjaya. menjadi seorang manusia. 


benar, usia begini, perancangan umur berapa nak kawin, dengan siapa nak kawin, orang yang begini dan begitu, pasti sudah ada. paling kurang pun, ada yang macam berserah mengenai jodohnya. kire ada la tu fikir pasal nak kahwin ;) cemburu pun ada sebab tengok ada yang kawin awal. haha. just, apa yang aku rasa lebih molek dan lebih berilmu, kalau kita tweet moga jodoh kita yang baik baik. moga kita diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri untuk pasangan kita. berdoa moga dipanjangkan umur. berdoa. bukankah lebih molek kalau kita tweet aku berdoa semoga bla2. aku berusaha untuk.. bla2. berbanding, aku nak kahwin. seronoknya kalau dah kahwin. seronoknya kalau ada laki. sampai ada yang tweet

aku naik geli tengok kawan baya aku ghairah nak kawin.


haha. dia bukan geli pasal idea nak kawin tu. dia geli dengan gediknya kita nak kawin. sedangkan, diri tak prepare apa apa. yang kita fikirkan, seronok bila dapat bersama pasangan. seronok bila ada anak. ingat. kahwin ni ada turun naik. kita kahwin untuk bersama hingga ke hari tua dan saat saat terakhir. bukan untuk sehari dua. so, better kalau kita semua fikirkan dan tweet macam mana nak siapkan diri. nak belajar masak ke. mengemas ke. baik ilmunya dan amalnya. dan.. biarlah Allah yang tentukan segalanya. jangan merancang sangat. kadang kadang, kita kena lepaskan sikit.
Dia lebih mengetahui :)


ini laporan kerja saya. haha.
day2
pecah glass masa tengah cuci pinggan.
tapi bhaiya cakap tak ape. hehe.
day3
salah tengok total makanan customer.
hasilnya, dia cabut awal. kurang rm3. -.-"
teruknya awak ni.. :((

alhamdulillah.
dah hari ke 6 saya bekerja. banyak ilmu dapat. pengalaman dan pengajaran. syukur :)
 moga semangat ini kekal hingga hari terakhir saya bekerja.


ouh. ini hanya pendapat saya saja.
 pasal tweet kahwin kahwin tu. :)
tak semestinya yang senyap tak tweet pasal kawin tu serius.
dan tak semestinya yang bising nak kawin tu tak serius.
ini hanya pemerhatian dan fikiran saya sahaja.

Comments