KALI PERTAMA

alhamdulillah. hari ini hari pertama berkerja. kali pertama diterima bekerja. aha. syukur, semua berjalan dengan baik. well, first time kan. ada ja kesusahan pada mulanya. tapi lama2, alhamdulillah. dapat la saya ikut flow kopitiam tu. nak communicate tu agak susah mula2. sebab worker sana semua bukan orang local. Bangladesh dengan Myanmar. so.. tak beberapa  faham sebutan diaorang. kadang kadang tu nak mintak diaorang ulang, rasa susah pulak. tapi kalau susah, speaking je. insyaAllah, faham lah tu. haha. sebab first time kerja dekat kopitiam, so pekerjaan utamanya, mintak order, serve, cleaning, etc. and.. apa yang buat aku rasa selesa bila serve ialah serve customer umpama serve mak ayah korang dekat meja makan. therefore, tak adalah rasa kekok or tak rasa janggal or rasa tak tahu nak buat apa. well, korang akan faham rasanya bila semeja dan melayan mak ayah korang makan. so.. saya macam mengaplikasikan kesabaran, tertibnya dan layanan kepada customer saya tadi. dan alhamdulillah. setakat ni takde la pecah pinggan or tergolek makanan tu. hihii. process of learning nak faham macam mana kerja dekat kopitiam tu biasalah. macam belajar. dengar, lihat, buat. tak tahu, tanya. dan sabar. dan bertahan. haha. penat sebenarnya. tapi penat tu tak jadi isu bila seronok dengan orang2 dekat kopitiam tu. lenguh kot kaki. berjalan sana sini. customer tak putus putus. alhamdulillah. murah rezeki boss saya. hihiii. ada je kena gelak dengan customer sebab macam salah table, salah order. ada jugak cakap "macam mana boleh salah table kalau dia yang amik order tadi". haha. tak kesah la. awak tak faham keadaan saya. saya mencari pengalaman. salah hari ni, esok, insyaAllah tak. dengan adanya kawan sekerja, ayu, lagi la saya seronok. kitaorang tadi nyanyi lagu hindustan sambil lap meja dengan amik order. haha. seronok! :) lepastu main pergi arked. race kereta. ^^

esok second day. insyaAllah, lebih baik dari harini.
amin :)

Comments