BERCINTA LAGI

hah! tajuk dah macam kontroversi. cinta ketiga saya. business admin, major in transportation. cinta yang datang dari Ilahi. sejujurnya, walau betapa orang merasakan diri ini patut menerima yang lebih baik, tapi diri ini cuba untuk akur dan redha. diri ini tidak menerima apa yang kalian sangkakan. walau diri ini lantang memberikan solusi dan nasihat, namun sebenarnya, hati ini memantulkan segalanya. saya senang untuk berkata kata. tapi bila kena pada diri, kelu. diam seribu bahasa. mudah berasa rendah diri bila memandingkan diri dengan kalian. benar. diri ini diam sambil melihat tweet dan post di facebook. mana kata kata semangat yang datang dari mulut dan akal sendiri? mengapa sukar untuk diaplikasikan pada diri.

"cakap dekat orang, senanglah. cuba kalau kau berada di duduk letak dia. lain rasanya."

alhamdulillah ada yang masih setia menemani. yang sanggup berdiri, jatuh, rebah, tergolek sikit dengan saya dan alhamdulillah. bangun semula. hehe. sungguh. saya terharu. saya tidak menjanjikan apa apa. tapi sesungguhnya, dengan mengingati kalian dan DIA, diri ini masih mampu mengesat air mata dan tersenyum :) bantulah diri ini untuk mencuba melangkah. sebab kini, aku umpama berdiri sahaja. berdiri dengan seribu kebingungan dan rasa bersalah dan rendah diri yang teramat. masa menentukan. tak lama. saya tahu saya ni macam mana ;)

banyak kali saya beritahu orang. tapi again. saya pulak yang masih belum faham. :|
adakah selama ini saya hanya berkata kata tanpa kefahaman dan memahaminya?
sekadar penyedap hati rakan rakan atau untuk bekalan diri kelak?

Allah memberi apa yang kita perlu. bukan mahu.
benarlah. berkata dan hanya memerhati tidak sama seperti yang menhadapinya.
tapi, terima kasih :)

Rasulullah SAW itu menjadi yang terpilih adalah kerana baginda konsisten dalam apa jua yang baginda katakan dan apa yang baginda lakukan.- Dr Taariq Ramadhan

Comments