PUJI

muka tahan senyum. pipi mula merah. hati umpama dilambung lambung. hati saling berperang. betul ke apa dia cakap ni. ah, dengan semua orang dia cakap ni. mula gelabah. dan perkatan eishh.. ape pulakk atau ye ye jee mula diungkapkan. itulah aku bila dipuji. 

astaghfirullhalazim..

suka tengok awak senyum
bibir u memang merah. suka tengok.

tengok. tengok. tengok.

aku bukan untuk tatapan. aku bukan umpama sponge yang meresap segala kata kata manis kau. aku bukan seperti itu. kerana aku tahu. pujian dari manusia menyebabkan satu khayalan dan omong kosong. tiada siapa yang berhak dipuji melainkan Dia. senyuman ini, bibir ini, bukan aku yang punya. kau puji aku, aku ambil pujian itu dengan menyatakan alhamdulillah. segala pujian kepadanNya. yang mencipta dengan penuh cantik dan sempurna. lihat, aku tidak suka dipuji. kerana aku mudah dan takut menjadi riak. eishhh. susah tau bila orang puji puji ni. cepat perasan. cepat rasa diri tu macam macam. cepat sangat hilang konsentrasi. mula mula nak nak pergi sana je. tapi bila dah kena puji dengan abang tu, asyik nak lalu je kedai dia. 
nampak? memuji tu tak salah. tapi, yelah. hati kena kuat lah. jangan cepat sangat cair or cepat perasan. anggaplah ada ramai lagi yang memiliki apa yang awak ada. dan pujian itu hanyalah satu ingatan pada diri bahawa Allah itu maha bijaksana dan sempurna dalam mencipta makhluknya :)

semakin kau dipuji, semakin menunduklah dikau

Comments