RAHSIA

kini aku menyimpan satu rahsia di dalam hati. aku bercakap dan merintih dalam diam. aku tak mahu dia tahu. aku tak mahu orang lain yang tahu. walau ibu ku sendiri. biarlah begini. aku harus kuat dan tabah. kuat untuk melepaskan perasaan ini dan tabah menerimanya. kite senyum farah. senyum. kalau kita tahu rahsia Allah untuk hambanya, sungguh kita akan menangis terharu yang sangat. so, kita simpan rahsia ini. kita bercerita dalam doa. kita beristighfar sebelum tidur. mengharapkan ketenangan jiwa dan keredhaan. yakin pada cinta yang agung iaitu mencintai Pencipta. jangan biarkan cinta pada manusia ini merebahkan jiwa dan menumbangkan semangat engkau. terima kerana Allah dan menolak sesuatu kerana Allah. insyaAllah, akan bertemu ketenangan itu dan insyaAllah, ada hikmah yang baik menunggu.


assalamualaikum
setelah agak sekian lama aku mematikan diri dari terus menulis, kini aku kembali. bukan apa. mungkin hal hal kerja yang memenatkan dan masa yang suntuk, menghalang diri ini dari terus hidup dalam blog ini. aku gusar. aku khuatir. khuatir apakah ini. adakah ini khuatir yang diredhai atau tidak. aku khuatir masa depan ku. adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang telah aku kecapi? adakah aku tidak tahu berprangsangka baik dengan segala yang telah terjadi. apa aku tidak boleh bangkit? yaAllah.. aku menangis memikirkan ini. air mata hangat bergenang semasa sedang menulis ini. aku khuatir. banyak hati yang berharap hingga aku takut aku akan jatuh semula. menghampakan. mama bercakap pasal JPA. kak long bercakap pasal tajaan sime darby dan sebagainya. semuanya nampak indah bila diperkatakan. nampak seronok bila dibincangkan. aku yang mendengar tersenyum pahit. mendengar seolah olah berminat. aku berminat. tapi.. aku kini berada di takuk "jangan terlalu mengharapkan wani" sungguh. aku sudah ada minded begini. teruk bukan? hmm.

yaAllah.. sesungguhnya, Kau maha mengetahui segala galanya.
segala isi hati hamba hamba mu
kembimbangan ku
segala usaha dan doa , air mata hambamu Kau mendengar dan setia
aku tidak meminta agar Kau mengurangkan bebananku
apa ku pinta, Kau kuatkanlah hati hamba mu ini
berikanlah kesabaran dan ketabahan untuk menerima qada dan qadarMu
aku menyerahkan diriku sepenuhnya padaMu yaAllah
ambillah diri ini


mereka saling berjumpa. dan aku tidak. 
mereka bertanya mengapa? 
aku menjawab masih belum tiba masanya dan kami harus begini. dugaan ini hanya sekecil cuma. bertahan. 
Allah suka orang yang sabar :)

Comments