DIMANA PERGI KETABAHAN AWAK

dimana pergi ketabahan awak.
saya tahu awak gembira dalam kesedihan
awak kena pahatkan dalam hati awak apa yang awak pernah katakan pada yang lain.
awak hanya berkata kata tanpa memberi kesan dalam diri awak.
bukan begitu awak.. bukan..

saya ingat lagi. kira macam itu lah apa yang dia cuba sampaikan malam semalam. saya terdiam. merenung jauh. apa begitu dalam dia melihat diri ini hingga mampu membaca apa yang tidak pernah orang lain selongkari. saya diam sepanjang perbualan. membiarkan apa yang ingin dia luahkan pada saya. satu satu perkataan yang keluar, menusuk hati dan fikiran saya. apa aku sudah tidak tabah sekarang? aku sudah tidak kuat? aku membiarkan kesedihan menutup senyum riang diri ini. dan dia nampak. dia tahu. ya, dia tahu. macam mana dia tahu? wallahualam. tapi aku berterima kasih padanya kerana menasihati atas perubahan pada diri ini. aku umpama adik padanya. dan apa lagi yang aku mahu? cukup sekadar itu. aku sudah cukup bahagia :) alhamdulillah kami dipertemukan, diperkenalkan. 

air mata mengalir saat usai solat ku. aku menangis.. menanyakan yaAllah, di manakah aku? dimanakah aku selama 19 tahun ini.. apa aku ini hamba mu yang baik atau hamba mu yang gagal.. aku meletakkan tapak  tangan pada dadaku. letak dengan hampir hingga aku merasakan degupannya. sepanjang aku bernyawa, ketika aku resah, gembira, tidur, berjaga, makan, minum, berjalan, melakukan dosa dan pahala, jantung ini terus dan terus melakukan kewajipannya. semakin laju jujuran air mata ku. yaAllah.. nikmat mu ini aku tak terbalas.. tapi kenapa kadangkala aku masih ragu.. mungkin bukan pada lisan.. tapi pada hati.. andai satu masa degupan ini berhenti, apa yang akan aku bawakan padaMu.. 

akan aku genggam 3 tahun itu
tabah itu bermula dari hati..

Comments