AWAK BAIK

baik. satu perkataan yang.. well, memang kita akan imagine perkara perkara yang baik. tapi kekadang kita cakap dia baik, tapi dia buat benda yang tak beberapa baik. tak parallel dengan apa yang kita anggap. tapi interpretasi ramai sangat luas. cukup lah saya katakan sangat subjektif perkataan baik ini. 

kalau dia tak pergi minum arak dekat disko, tapi minum arak dengan family dia sahaja dekat rumah. baik lah tu jugak kan. sebab tak pergi disko. minum dekat rumah. dengan family pulak tu. tpi arak tu terang2 haram kan?

kalau dia mencuri, tapi untuk tolong mak ayah dia. baik jugak tu. sebab tolong mak ayah dia yang miskin. tapi.. knp mencuri...? so.. nak cakap dia jahat lah pulak ke? eh?

kalau dia seorang cina tetapi menghormati azan, baik lah tu kan. yelah. hormat azan. kite ni ntah hormat ke tak. so.. adakah kita jahat sebab tak hormat azan. masyaAllah...

kalau dia...

kalau dia.. 

kalau dia..


banyak lagi contoh contoh yang boleh dilihat dan ada di sekeliling kita. maaf andai contoh saya tidak menyeluruh, nampak cetek dan somehow nampak tak universal. ini apa yang saya lihat. saya pun susah nk determined dia ni baik atau tak. wallahualam. sebab saya ni pun adaperangai  'baik' saya yang tersendiri dan kefahaman baik saya boleh berubah bila dah dengar seluruh cerita. kita ni kan tak tentu pemikirannya. tapi yang penting, berprasangka baik pada dia. tapi tetap berwaspada. insyaAllah. 
well, apa saya boleh cakap, semua benda ada sebab. kenapa dia begitu dan begini, ada sebab. baik atau buruk, tetap menjadi sebab. tapi, bagi saya, untuk menjadi baik yang sebenar ialah menjadi baik dan menjalinkan hubungan baik dengan Pencipta. mengikut jalan yang betul. nak tahu jalan yang betul, kena tahu dan jaga halal dan haramnya. ini hanya pandangan saya dan pegangan saya. mungkin betul, dan mungkin masih ada ruang untuk diperbaiki. 

sesungguhnya kita diberi akal. fikir. -kak ana

mungkin diri kita antaranya yang tenggelam dengan maksud baik yang tersendiri..
tak tahu kan?
*kekening*

Comments