dia malu...

segala rasa adalah rasa yang diberi olehNya. hingga saya terdetik untuk melakarkan rasa rasa yang saya rasa di sini. harap awak rasa apa yang saya rasa. insyaAllah :) 

assalamualaikum 

alhamdulillah. nikmat hidup. nikmat Islam. dan segala nikmat yang tidak terhitung dengan angka. usai solat maghrib, saya segerakan doa untuk diri dan keluarga dan ilmu yang bakal saya kutip sepanjang di sini untuk menulis ini. saya jarang terpanggil untuk menulis. mungkin atas faktor jiwa yang kadang kadang nak simpan dalam hati tapi akhirnya, terpanggil untuk menulis.

benarlah dalam setiap kepayahan ada kesenangan
dalam setiap yang kita tak suka, akan ada yang kita suka
dalam setiap kita ingin miliki itu dan ini, hati lebih tenang bila tak memiliki
dalam setiap yang memudahkan kita, ada orang yang merasakan benda itu payah.
syukur lah kita ada ilmu itu. kita tahu. kerana ada orang yang tak tahu.
kasihan. tak tau nak cakap macam mana. mahu tolong. benar, mahu saja saya tolong dia. kadang kala kelazatan ilmu itu lebih bermakna bila kita berkongsi. mungkin dengan melihat kepayahan dia ini, tujuan saya nak ada study group di sini, terjadi. kasihan bila terpinga pinga dalam class yang sepenuhnya berbahasa Inggeris. terpinga pinga bila tanya kau dah siap tutorial? kau tak ada buku, habis kuiz haritu macam mana? dibalas dengan loghat kelantannya yang kadang kadang saya tanpa segan silu menyiku orang sebelah. "dia cakap apa weh?" kemudian, baru saya menjawab pertanyaan dia. bukan untuk menghina tapi sebaliknya dia dan saya turut gelak melihat gelagat saya itu. saya tak faham. maaf :) tapi saya suka dengar loghat loghat dari negeri lain. menarik. 

termenung saya di tengah tengah bilik bersila dengan telekung mengingatkan kawan saya itu. kasihan. saya nak tolong dia. tapi, saya harap dia juga berusaha mendapatkan ilmu itu. dia malu. malu nak bercakap dengan orang yang tak dikenali.
dia malu..

dengan saya membantu dia, saya juga membantu diri ini
sungguh, kita saling memerlukan.
insyaAllah usaha ini diredhai