#19

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
syukur. 2013 kini menampakkan diri.
nikmat dan rahmat yang tak terhingga dan tak terhitung.
insyaAllah bakal 20 tahun bulan enam ini jika panjang umur :D
bakal 20 tahun hidup
20 tahun yang banyak terisi dengan berjihad mencari ilmu
20 tahun yang berusaha membahagiakan ke dua dua ibu bapa
20 tahun yang terisi dengan mencari siapa diri, mengenali diri
20 tahun yang bergelumang dengan pelbagai rupa manusia
20 tahun mencari cinta.
jatuh duduk terguling tersandar semua rasa
hingga menjadikan diri ini seperti apa yang ada kini.
20 tahun bukan tempoh yang sekejap
lama.
tak akan jadi begini kalau tak ada yang terjadi sepanjang 20 tahun itu.
terima kasih untuk peluang dan ruang ini.
insyaAllah, akan luar biasa pengisian tahun ini. amin :)
cukuplah luar biasa hanya pada pandangan Dia
bukan hanya luar biasa pada pandangan manusia
cuba cukup solat, itu sudah luar biasa.
cuba tutup aurat sebenar benarnya, itu sudah luar biasa
berusaha membawa diri keluar dari comfort zone ke realiti bahawa hidup itu tidak mudah, itu sudah luar biasa
berusha menabung memandangkan nanti nak belajar lagi dan nak kawin, itu sudah luar biasa
cukup kerana Dia nawaitumu, maka berjalanlah dikau dan jangan toleh lagi
bukan luar biasa yang membuat manusia memandang tinggi dan tabik
cukuplah.
terlalu mainstream ayatnya.

#final 4th jan-18th jan. bismillah..
usaha. doa. tawakal. yakin. sabar. tabah. redha. senyum :)
*penambahan syok sendiri di penghujung*
peringatan kepada diri dan mudah mudahan pada yang lain




Comments