#25

aku enggan berbetah lagi dengannya. aku akur dan aku fahami apa yang dia mahukan. aku hanya mengiyakan apa yang diterjemahkan olehnya dari hubungan perasaan ini. sungguh kami sulit. sungguh kami payah. namun, asalkan dalam penterjemahannya itu wujud kesedaran kekuasaan sepenuhnya oleh yaRabb, aku akur. enggan berkata kata perihal ini. aku larikan diri. ya, aku larikan diri. kerana aku khuatir kami hanyut merencanakan itu dan ini. hingga leka. aku rasa lemah bila mana aku rasa aku perlukan dia lebih dariNya. aku rasa leka bila hubungan ku dengan yang wajib tidak directly proportional dengannya. sungguh mainan perasaan ini melekakan. terbuai buai. aku masih mentah. perjalanan ku adakah harus diisi dengan layanan, ungkapan lembut dari yang asing? apa aku mahu jawab nanti? maka kita pause. aku pausekan diri ini. pause dari khayalan ini. bukan aku menolak jauh atau menutup habis hati ini untuk di miliki. cuma, aku rasa, cukuplah aku dan dia tahu kami ingin direstui bila sudah tiba masanya kelak. maka kita sabar. gurauan ku kadang kala membuatnya tergugat. adakah aku ini sudah beralih arah? wahai empunya diri disana, itu hanyalah satu sifat dalam diriku. suka mengusik. dan aku tahu, kau lebih arif dari aku. jadi, janganlah cepat melatah bila ada yang tak kena. bila aku mula diam. bila aku mula mengusik kasar. ini hanya satu cubaan. kita bakal dan insyaAllah bersama pada jangka masa yang lama. haruslah saling menerima dan fahami dalam gurauan itu ada rasa kasih dan sayang. jangan takut dan jangan risau. bergembiralah dalam melayari hari hari mu. dalam mengenali saudara saudara mu dalam urusanmu dan aku juga begitu. kalau hati sudah tetap, insyaAllah pergi mana pun, pasti itu yang dicari semula..

sabarlah wahai diri
sabarlah wahai hati
kita tak rugi apa apa dalam penantian ini
Dia ada di atas sana.
sedang melihat dan sudah menentukan segalanya