#29

kalau aku tak mampu, dah lama aku melanggarnya
kalau aku tak tahu, sudah lama aku laksanakan ikut suka hati aku
kalau aku tak ada kesedaran, pasti aku sudah mabuk layan perasaan
kalau aku tak bezakan baik dan buruk, sudah lama aku berada dalam kegelisahan
kalau aku tak sedar ajal itu bila bila, sudah pasti syaitan melompat tengok aku
kalau aku tak tahu malu, sudah pasti akan aku goda kau hingga aku puas
kalau aku tak tahu nikmat dunia ni sangat nipis dan sikit, sudah lama aku berpeleseran di luar sana

wahai Tuhanku,
janganlah Kau butakan hatiku ini dengan kemegahan di dunia
jangan jadikan aku kufur nikmat, kufur hakikat hanya dengan sebesar zarah nikmat Kau di dunia ini..
dengan kedudukan
dengan rupa
dengan hidup
dengan ilmu
dengan pujian, sanjungan
kalau aku megah, tapi dalam hati aku, aku lupakan Kau, maka sungguh hina diri ini.. KOSONG!

untuk itu aku mohon..
aku mohon...
jangan biarkan hati ku kosong dan buta dengan dunia
berikan lah apa yang aku layak setelah aku berusaha
dan yakinkan hati yang lemah dan alpa ini
 "kau, Tuhan yang punya. maka percaya padaNya"
kerana aku tahu.. aku akan bongkak dengan nikmat Mu
aku akan jadi tak kenal YaRabb
tapi hakikatnya, hidupku, matiku, jodohku, rezekiku
SEMUANYA.. Kau yang tahu..

-A1645-