#31

bimillahirrahmanirrahim :)
hari terakhir di rumah sebelum ke tempat ku duduk mencari ilmu
untuk menempuh semester 2 yang 1001 macam rupa dalam fikiran.
syukur, semester 1 bergelar pelajar sarjana muda selesai dilaksanakan
dengan berbekalkan doa dan perubahan, aku menempuh
dan syukur aku menerima 'habuan' ku.
kini aku bakal pergi semula
meninggalkan keluarga, menggalas harapan
cuti ku hanya biasa biasa sahaja
rumah tempat ku berehat
meluangkan masa dengan orang orang tersayang
memberi diri ku kebebasan setelah 5 bulan 'dipagari' dengan pekerjaan seorang pelajar
dan cuti ini aku 'dipagari' dengan pekerjaan seorang anak.

cuba melaksanakan permintaan mama untuk ku di rumah
belikan barang barang dapur bila diperlukan
mengemas itu dan ini bila dia pesan
ikut dia ke dapur
teman ke pasar beli barang barang basah
breakfast bersama
duduk bersamanya bercerita dan bergurau
mamberi cadangan baju warna apa dan tudung apa untuk kerja esok hari
melawat adik adik yang lain di asrama
menemani bapaku keluar bayar bil
menyelesaikan bermacam jenis bayaran
belajar untuk hidup
mengenali duit sentiasa 'berjalan'
teman bapaku makan kerana dia jarang berada di rumah
teman adikku dengan kerja rumahnya
melihatnya bermain dia laman petang petang
mengusiknya hingga dia letih nak marah semula
berjumpa dengan beberapa kawan sekadar merapatkan hubungan kami...

aku cuba penuhi cuti ku dengan 'menghambakan' diri pada keluarga
kerana nanti, aku akan meninggalkan mereka
'menghambakan' diri pula dengan pekerjaan seorang pelajar
aku takut tak sempat beri mereka apa apa
maka aku berikan kenangan ini untuk mereka
khuatir aku tak sempat..

sungguh aku bersyukur dengan apa ada
aku yakin, bekalan yang aku lakukan ini akan memudahkan aku untuk sem yang bakal lalui
:) moga diri ini bersemangat dan terus bersemangat hingga ke hari yang terakhir
insyaAllah. amin..

ini hujan. hujan tembikai.