RAMA-013 #1

assalamualaikum.
alhamdulillah syukur Allah gerakkan hati untuk post sesuatu setelah sekian lama.
Hari ini, 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan 1434 hari ke 8 umat Islam berpuasa tinggal lagi 2 hari untuk cukupkan 10 dan berlalulah 10 hari pertama Ramadhan, mengejar lagi 20 hari Ramadhan.

Sekali lagi dipanjatkan syukur kerana kini sudah mengajak ke usia 20 tahun berjalan dan hidup di Bumi Tuhan.
masih sihat
masih seorang pelajar
degree sekarang, alhamdulillah
sedang cuti sem menunggu sem 3 yang akan bermula September nanti
sedang menanti waktu berjalan untuk berbuka
dan..
masih dalam mujahadah untuk berhijrah..

sesungguhNya Dia yang maha tahu perjalananku yang semalam dan akan datang
dan sesungguhnya Dia lah yang memberi jalan dan sebaliknya
Dia yang tahu apa di hati ini dan hanya Dia yang bisa menenangkan dan memberi 'ubat'

Dalam berusaha menjadi yang 'keras' menunggu yang halal,
Hati ini kian di ganggu dan di cuit
Namun aku sedar, jalan untuk ke Tuhan, bukan seperti berjalan di taman bunga
Dan aku akur dan aku berharap Allah beri aku kekuatan untuk menempuh tanpa melupakanNya walau sedikit dan yakin ini semua sudah berada dalam kadarNya
Dan aku berharap aku tidak menggila seperti dulu

Maka aku diam.
Aku hanya mengadu pada Dia
Minta sedarkan diri ini yang aku tidak memiliki walau apa
Mencuba menceriakan Ramadhan ku
Memujuk hati ini
Menenteramkan hati ini
Mengingtkan diri ini berTuhan dan sedang berpuasa
Maka.. didik hati itu untuk tidak terlalu keduniaan

"Tenang sayang.. hati itu, akal itu sedang berfikir macam macam.. Kepada Allah sajalah aku serahkan kerana sungguh aku tiada upaya dan kudrat untuk menegakkan hubungan yang sudah terang belum ada ikatan yang pasti.."

p/s: moga diri ini bertahan menunggu masa berbuka
Allah yang kasi kenyang. bukan makanan.