PELUANG

in the name of Allah the most gracious, the ever merciful

aku tutup Al-Quran usai subuhku
aku lihat di screen.
Allahu..
aku lihat bait bait perasaan bermain di hadapan mata
aku abaikan sebentar
terjemahan bacaan aku tadi belum ku baca
Al-Quran.. pendamping dalam senyap

Kemudian Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.
An-Nahl 110

Dan janganlah kamu mengatakan terrhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengadakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.
An-Nahl 116

sebak.
sebab aku tak buat macam apa Allah suruh.
bila nak buat?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

biarlah.. :)
dulu dia juga seperti ku dahulu
suka meluahkan pada manusia terutamanya lelaki
sebab lelaki ni best.
aku akui.
lelaki ni dia tak banyak songeh
lagipun perhatian lelaki ini, berlainan daripada perempuan
tarikannya berlainan.
sedap mata melihat juga sebab.. lelaki. different gender.
kalau member, kamcheng habis
lagi lagi kalau dapat kawan lelaki yang gila puitis
fuh. layan. rasa ada penyandar.

sekarang...

aku mula segan.
mereka pun angkat kening. mengapakah?
aku tersenyum.
aku menjawab.. aku dah lain lah sekarang..
aku saham kedua dua ibu bapaku di akhirat nanti
bakal seorang isteri yang taat untuk sesorang kerana di situ syurgaku
bakal seorang ibu untuk cahaya mataku yang menjadi pintu pintu syurgaku
bakal seorang yang ingin membantu agamanya.. tak besar, kecik.. insyaAllah..
masakan aku bisa duduk bergelak ketawa bersama kawan kawan lelaki ku bila ada peluang dan ruang?
walaupun dahulu, kami melekat ke mana mana
hey.. di mana akalmu.. di mana malumu.........

5 lawan 1
bersama guitar ku
jeans sendat ketat ku
sneakers ku
baju kemeja kotak kotak
bracelet Rastafari
bisa lagi kah?
tidak..
lagi tinggi pendidikan seseorang itu, lagi tinggi nilai agama pada dirinya..
bukan kerana aku bertudung
bukan kerana aku sudah ada someone
that someone is nothing. yet.
tetapi kerana aku menaruhnya momen momen ini untuk dia
kerana kalau asyik bercerita, lama lama akan bercinta..

bayangkan di sana, adam itu sedang sangat menjaga dirinya, hatinya, hanya untuk hawanya untuk ganjaran pahala
tapi kita wahai hawa.. apa yang kita sudah jaga..
maka aku berubah..

kerana itu perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat
Allah beri kita pilihan untuk pilih.
tetapi.. apa usaha kita supaya menjadi yang terpilih

wahai perempuan, cari lah kawan perempuanmu
wahai lelaki, cari lah kawan lelakimu
ikhtilat.. ikhtilat.. ikhtilat..

tapi dia tidak lihat dan tidak faham
kesitimewaannya di situ

kerana itu.. jangan pelik kalau selepas berkahwin, masih lagi contact kawan perempuan/lelaki yang dahulu menaruh perasaan secara rahsia kerana dia tak dapat nak move on..
action speaks louder than words.
tak perlu bunga. cokolat.
cukup kau ada setiap bucu dalam hidupku, perhatian mu pada ku berlainan daripada orang orang yang aku kenal, pandangan mu, senyuman mu, kau duduk depan aku, dengar aku, habiskan masa bersama ku, sudah bisa buat hati wanita itu akui "hmm.. bestnya bersama dia. dia macam faham aku.. aku tenang, seronok bercakap dengan dia"
hati terpaut. diri berbunga bunga bila menghabiskan masa bersama.
dek kerana harapan dan keselesaan meluahkan perasaan yang teramat ketika muda muda dulu.
hingga tercari cari.
walaupun sudah berumah tangga
tak percaya?
lagi menidakkan lagi jelas terjadi

selak qalam Allah. ada jawapan mengenai magnet perempuan dan lelaki.
masih nak dustakan?
mungkin terjadi kepada diri kita nanti.
bersedia?
bila ada sifat "kisah apa" maka.. hanyutlah dalam kisah kisah yang syok sendiri..
moga ada yang sabar dengan ini semua

kalau ada yang sabar, aku yakin nak menuntut dari dia
kerana aku hanya manusia lemah

aku bukan baik mana
aku bukan solehah mana
aku ni leceh
aku bukan enjoy, 'partayy' mana sangat
restricted bila dengan aku
apaaa pun tak bolehh
orang jadi hairan kenapa hubungan ku begitu dan begini
umpama zaman muda ku ini hambar
beragama. beragama. beragama.
kerja kerja kerja
sungguh
aku nampak pada wajah wajah mereka. gerak geri.

aku enggan bertanya pada manusia kenapa kenapa
aku suka bertanya pada diri sendiri terus
dan aku akan nampak, kasih sayang Allah pada manusia yang enggan melihat keburukan
tapi ingin memandang manusia yang memperlekeh kan hidupnya dengan kasih sayang..

kalau terlalu mudah nak beri, nanti apa yang akan tinggal?
KEYWORD DIA: BERSEDERHANALAH

*panjang woihh