TERSEPIT

in the name of Allah the most gracious, the ever merciful

aku menulis bukan untuk canang idea idea aku untuk makhluk bernama manusia
bukan untuk tunjuk superior sangat buah akal ni
aku menulis sebab aku mahu
aku menulis supaya ini antara saham untuk akhirat dengan harapan siapa yang membaca.. akan terdetik sedikit di hati itu untuk sedar dan tidak sombong
dan untuk aku, lebih lebih lagi harapnya.
aku senang bila apa dalam hati ini tersusun dengan kata kata
sebab dalam ni sudah semak

TERSEPIT
aku tersepit sebenarnya
mungkin aku bukan tersepit secara solo
kita tersepit berjemaah. senyum dekat orang sebelah
aku tersepit antara dunia dan akhirat
tersepit antara keperluan dan kemahuan
sebelah kaki mahu, sebelah kaki tak mahu. tak balance.

tapi motif di sini bukan untuk mengadu aku tersepit

tapi nak cakap

berhijrah itu.. nak ke syurga itu, bukan senang macam lenggang lenggang kangkong

perit. sakit. air mata. dalam diri berperang. ego.

aku jadi khuatir sebab aku mula sedar, aku hidup bukan untuk kepuasan diri sendiri
sedar
hidup ini bukan sekadar yang klishe klishe
nak bertekak hitam tak bagus, putih bagus
aku ingin lebih
aku ingin lebih memberi daripada asik menerima
kadang kadang penat nak beri orang faham sampai aku cuba faham mereka dan akhirnya aku serah pada Allah..

"biarlah.. biarlah.. tapi Kau istiqamah kan lahh diri ini.. aku tak minta mereka puji, aku tak minta mereka nampak dengan mata mereka, mereka nak meragui, teruskan.. cukuplah aku berpegang Allah yang tidak tidur tidak terlepas walau satu hal.. aku sudah bahagia.."

khuatir aku kedepan berbanding Allah..
aku khuatir dalam aku terlalu mengajak, aku berharap lebih..
Allahu...

sungguh jalan ini bukan mudah..
orang cucuk sikit, aku boleh U turn
betapa sinipis kulit bawang iman ni..
mungkin.. tak ada langsung kulit bawang tu

aku masih.. bertatih..
sungguh lah masih bertatih..
cakap lebat lebat pun, tengok diri semula

benarlah..

"Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedtangannya. Maka beruntunglah orang orang yang asing itu"

manusia boleh cipta 1001 alasan.. 1001 perasaan tak bolehh untuk terima.. lalu tewas dengan keseronokan
hingga mempengaruhi orang orang yang baru nak cuba cuba kenal dunia ini macam transit
tapi terima kasih
buat lagi sayang lagi kasihan dan lagi nak bersama..
tolong mereka seolah olah tolong diri sendiri
ketahuilah.. insan insan yang mengajak kepada kebaikan itu, hakikatnya, dia lagi berganda ganda cabarannya nak bawa diri ke arah apa yang disampaikan.. ketahuilah.. ada kesakitan di sebalik hanya berkata kata..

sebarang nasihat dan teguran diterima.
perbaiki diri bersama kerana Allah :)
Dia yang beri buah akal ini dan Dia yang menghadirkan insan insan untuk saling membetulkan dan mengingati sesama kita

selamat hari sabtu dan ahad!