Untuk Kedua Kali

In the name of Allah the most gracious and ever merciful

Aku ingin pulang
Kembali pada keluarga
Kerana berada di sini, aku sunyi
Rindu mama.. Rindu papa, kaklong, aisyah, imran,  farina..
Rindu insan yang tak pernah meninggalkan
Tidak pernah..

Allah..
Aku menulis ini dengan linangan air mata
Dengan kepala yang semakin memberat
Membawa diri yang kala siang nya gembira
Tapi malanya penuh dengan kesayuan

Allah..
Aku menangis dan menangis
Aku sejukkan diri dengan wudhuMu dan mencium kalam Mu
Mencari ketenangan..
Kala dalam diri ini
Meori dan harapan terus dan terusan bermain tanpa henti menyeksa diri dan hati..

Allah..
Aku mohon yaAllah..
Berilah bekalan kekuatanku untuk ibubapaku
Untuk masa depan ku
Untuk kesihatanku
Aku makin susut yaAllah..

Mohon diri kuat..
Mohon..
Walaupun dia sudah begitu gembira dan keras pendiriannya
Aku masih di sini, tidak bergerak..
Aku melangkah setapak, aku kembali ke belakang beberapa tapak..

Terima kasih sahabat sahabat atas kesudian untuk bertanya, untuk melihat, untuk memeluk, untuk mengusap air mata, untuk mengenggam tangan ini kala mengalir deras, kala ingin meneman..

Jangan minta untuk ku mencari, tapi minta untukku banyak berdoa dan yakin..
Kerana diri ini sudah semkain takut bila sudah tinggi
Kerana aku kini ditinggalkan umpama si penjenayah yang menghadapi hukuman yang entah bila berakhir..
Enggan ku bertanya setimpal ini kah.. selayak ini kah
Kerana hati manusia, hatinya sudah tidak punya rasa..

Allah.. lemahnya diri ini bila melibatkan perasaan..
Lemah longlai, gagal berdiri mahupun duduk..