masih mencuba

in the name of Allah the most gracious and merciful

sudah sudah lah wani..
sudah masa untuk kau jadi keras semula
tutup hati itu
keras dalam membuka hati untuk siapa siapa lagi selepas ini
keras buat sekali lagi..
selepas Zulfeqah dan kini Arif

kau tak bersedia sebenarnya
kau belum
kau fikir "ini lah dia.."
tapi ternyata, Allah tarik semula keyakinan itu
sungguh, hati ini Dia yang pegang
tak perlu lah nak salahkan siapa
mencari siapa
bertanya apa

perancangan pada sekeping kertas itu kini dalam tong sampah
bermakna pada satu saat dahulu

cukuplah kau menzalimi diri sendiri
mungkin, dengan kau ingat bila kau dapat, kau akan bahagia
tidak rasanya

biarlah mereka nak cakap apa
setiap benda ada masanya. kita bukan selalu kuat..

Allah tahu sedih awak
Allah dengar siang malam awak
Allah nampak robek hati awak
Allah ada..

segalanya datang dari tangan sendiri
segalanya bermula dgn tangan sendiri..
salah sendiri.
Allah tak buat ni semua kecuali awak sendiri..

bangkitlah..
keluar dari memori memori dulu yang dari manusia yang akan mati juga akhirnya
daripada dunia yang sementara
kerana kita bukan selamanya ada.. hidup..

jadilah wanita yang paling bahagia

biarlah dia dengan hidupnya
dan aku dengan hidupku yang sederhana begini
perlahan lahan aku akan bangun dan senyum semula
umpama orang yang tak pernah kenal, dengar nama itu lagi..


When you have friends, don’t expect your friends to fill your emptiness.

When you get married, don’t expect your spouse to fulfill your every need. 

When you’re an activist, don’t put your hope in the results. 

When you’re in trouble don’t depend on yourself. 
Don’t depend on people. 

Depend on God.

— Yasmin Mogahed


Lillahita'ala.