alkisah

in the name of Allah the most gracious and ever merciful

alkisah kalau dah break up
semua benda sendiri sendiri

alkisah kalau dah break up
sedarkan ada Allah, ada pegangan, ada family, ada kawan walaupun biasa biasa je, walaupun jarang gila contact, apatah lagi jumpa, lagi2 yang belajar satu dekat utara satu dekat selatan, itu pun dah cukup,

alkisah bila dah break up
lagi susah nak percaya lelaki yang minat dekat kita ke, yang suka dekat kita ke, yang berjanji itu ini. nahh.
ufh. susah dah. cannot go.

alkisah bila dah break up
aku tak rasa pun aku ni bagus mana dan kau tak kerugian pun kalau hilang aku
yang menilai aku itu Tuhan
kalau kau rasa aku ni berada dalam kerugian krn hilang kau, silap besar.
dan aku pun tak rasa kau berada dalam kerugian kalau hilang aku.
weh. kita manusia weh. siapa kita nak orang rasa kehilangan kerana kita? hebat ke kita ni?
segala yang baik, yang manis, yang bekemampuan semua tu, bukan milik kita pun
kita tak milik apa. semua pinjam.
rupa, kawan, bakat, duit, pangkat, ilmu, kesedihan, kegembiraan, nyawa sekali pun.

sebab kau pun bukan siapa siapa dan apa apa
bukan sebab lupa jasa atau tak kenang budi
aku ingat.

tapi cukup lah kot aku bergantung dekat kau.

bergantung pada yang satu jelah sekarang.

alhamdulillah aku break up.
alhamdulillah.

alhamdulillah aku ada pegangan dulu. tapi aku goyah rebah jatuh tersungkur.

tapi yang goyah rebah jatuh tersungkur tula yang buatkan lagi aku nak pegang prinsip itu.
dan aku tahu, kalau manusia tak hargai, Allah ada.