rahasia

in the name of Allah the most gracious and ever merciful

aku yakin.
kita semua ada rahsia
be it seorang anak, seorang kekasih, seorang suami isteri.. mugkin.
tapi yang pokok pada post ini, rahsia seorang anak.
anak yang sedang meningkat usianya
yang sedang mengenali dan "menghirup" bau dunia dengan gelojoh

dan si anak ini membuat kesilapans.
kesilapans dalam plural. maknanya dosa dalam bilangan jamak
dan dia takut
dan dia khuatir.
dia rasa bersalah
'mcm mana nanti masa depan aku'

rahsia. maka dosa itu menjadi rahsia dia.
dia seorang yang tahu.
dia mahu orang selamatkan dia
kerana dia tewas bila diri yang minta berhenti, bila diri yang menahan diri.
kerana dia sudah tidak tahan.
memang tampak lemah. tampak lembik hatinya kerana gagal mengubah sendiri.
tapi apa buruk dan loser bila minta tolong orang untuk baiki kita?
apa kita bisa elok dan bagus bila usaha seorang seorang?
pasti, pertolongan itu perlu. pasti, berseorangan itu tidak wajar.

maka dia kantoi.
berjujuran air mata.
air mata kesyukuran kerana kantoi.
dan aku kagum kerana jauh di dasar hati, hati itu ingin berubah.
ingin bebas dari rahsia dosa.
ingin bebas dari kepura puraan dan penipuan.
ingin bebas tanpa rasa beban yang di pikul di bahu sorang sorang.
dan berkata 'aku tak macam ni'

kerana itu fitrah hati. mahu menjadi baik.
hati itu lembut sebenarnya
kerana hati itu mahu tenang. diri itu mahu tenang.
kerana selama ini gelisah resah dengan dosa yang menjadi rahsia.
kerana selama ini menjadi diri yang salah kerana gelojoh 'menghirup' bau dunia

its okay untuk buat kesilapans.
its not okay untuk tak rasa bersalah dan tak cuba nak keluar.
sebab at the end of our live, mesti kita nak ending jadi baik.

nak jumpa Allah kan?