takut

in the name of Allah the most gracious and ever merciful

Allah..
kalau satu hari hati ini terbuka untuk sesiapa
aku mohon..
mohon aku lebih baik daripada dulu
dan aku mohon.. suami ku tidak seperti harapan harapan ku yang lepas
dan aku harap, aku tak mudah beri muka, beri diri, beri hati.
aku mohon yaAllah
sebab aku sudah penat. hati ni letih.
aku ingin yang pasti.
dan bukan wayang dunia dengan watak watak yang kejap ada, kejap hilang


biarlah aku simpan kembali diri ini
biarlah aku jadi malu semula
biarlah aku tahu tempat ku di mana
biarlah aku menjadi si ceria, si lincah dengan yang tertentu sahaja
manja ku hanya dengan tertentu. rajukku hanya dengan yang tertentu
sebab aku bukan murah.


walaupun tak diketahui, tak di peduli, tak apa.
aku sendiri. tapi ada Kau, ada family, ada kawan kawan sebenar, cukuplah.


cukuplah untuk sakit ini.
cukuplah *kesat air mata*