cerpen sukahati.

in the name of Allah the most gracious and ever merciful

_________________________________________________________________________________

Kalam Al-Quran kecil berserta terjemahan yang dibeli sejak semester satu bergelar pelajar di business school itu dikucup lembut. Lega. Hampir berakhir hari Khamis dan malam itu disudahi dengan bacaan Yassin. Mohon berkat dan pahala lebih.

"Farah, tak payah pindah lah"

Itu Kak Farhana. Merangkap budak bilik dan full time pramugari di MAS. Senyuman terukir di hujung bibirku pabila terdengar permintaan itu dan satu keluhan kecil dilepaskan umpama beri maksud "tak dapat den nak nolong". Telekung yang masih elok di tubuh di angkat dan lebihan kain telekung yang menutup hingga ke paras peha di libas sangkut ke bahu sambil duduk bersila di atas katil menghadapnya.

"Akak dah biasa la dengan Farah. Farah tak payah la pindah Shah Alam tu."

Permintaan itu mungkin belegar legar di dalam fikirannya sepanjang pembacaan Yassin hingga tunggu aku habis, baru terkeluar dari mulutnya. Terasa di hati ini permintaan jujur itu. Namun, apakan daya. Dalam 2 minggu lagi aku akan meninggalkan bilik sewa itu.

"Hidup harus diteruskan kak"

Aku menjawab. Walaupun agak lari tapi itulah hakikat.

"Kalau Farah dapat MAB, Farah memang duduk sini. Tapi masalahnya, MAB pun tak cakap apa apa. Ala kak.. lek lah. Ada lagi orang orang dalam rumah ni"

"Tapi kak dah terbiasa dengan Farah. Takut akak bila nampak bilik dah macam kosong. Ingat Farah dah nak pergi dah"

Aku sekadar senyum. Haih. Cemana la kak Farhana ni boleh selesa dengan aku. Aku rasa aku biasa je dengan dia. Beberapa hari lepas itu je yang Kak Farhana sebut sebut. Farah tak payah pindah.

_________________________________________________________________________________

Terima kasih Tuhan untuk pengenalan sekejap ini.