Bukan masanya.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


Assalamualaikum....
Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Sakit hati dengan orang itu, orang ini. Gosip sana gosip sini. Tidak habis hidup dengan melayan perasaan sendiri. Emosi tidak sudah2.

Lewat bangun pagi. Yang dirisaukan adalah lewat nak pergi keje. Tidak risau sangat solat subuh lambat. Balik kerja sampai rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib pun entah ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran kekal tidak bersentuh, masjid masih tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Eleh... benda dah selalu diingatkan.... Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat!"
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi 'duk' pandang kita.
Segala maksiat yang kita buat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
Baca Al Quran? Alahai... nanti-nantikan boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Bernasib baik tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi kiss emoticon"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.
Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak dating girlfriend/boyfiend. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka 'cuak', cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu boleh tiba bila-bila. Tapi.... semuanya sudah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang....
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jaga Akhlak diri, perbanyakkan amal ibadah dan peliharalah auratmu wahai sahabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
Mudah2han kita semua dapat bersua di syurga.
.

aku dekatkan diri dengan baca bacaan sebegini. sebab aku nak cari kekuatan semula dan jadi yang asing semula. aku taknak diri aku jatuh seperti dulu. biarlah aku asing. biarlah aku sendiri. bila sendiri jadi lagi tak ditipu dengan nikmat dunia yang aku kejar tapi aku sedih akhirnya.

Allah izinkan itu untuk berlaku tapi Allah tak redha.
itu yang aku tak mahu.
cukup sudah.

kalau lah aku lihat semula perkara itu di depan mata ku, biarlah.
aku bukan siapa siapa.

yang lebih tahu Dia.

"where do you see yourself in the next 5 years?"
"i feel secure with myself... and have a family"




senyum