NAWAITU

sesungguhnya aku tidak mencari kesempurnaan
kerana tiada yang lebih sempurna seseorang itu selain daripada patuh padaMu
aku tidak mencari kemewahan
kerana aku tahu nikmat di dunia ialah wanita solehah
aku tidak mencari paras rupa
kerana itu hanya pinjaman daripadaMu yang hanya sementara
aku tidak mencari keseronokan keduniaan yang melampau
kerana hatiku akan mencari ketenangan yang hanya datang daripadaMu


benar..
aku inginkan yang terbaik untuk diriku
tapi biarlah yang terbaik itu untuk insan yang terbaik
biarlah yang terbaik itu atas usaha keras seseorang dan keredhaanMu
aku kini, sedang membentuk diriku
menjadi seorang yang lebih baik.. lebih bersederhana..
lebih menjaga hubungan dengan Allah dan dengan orang lain
aku cuba untuk bersama dengan Allah dalam apa jua keadaan ku
aku cuba..


mahukan yang terbaik, tampilkanlah diri mu yang terbaik
berubahlah menjadi yang terbaik
berusahalah menjadi yang terbaik
berdoalah menjadi yang terbaik


moga engkau dikelilingi oleh insan insan yang terbaik. amin.


Stacy ~
Mencintai aku dengan seadanya, Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu, Dalam waktu hiba, Ku harapkan dia rela..

Imam Nawawi ~
“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, 
Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, 
hilanglah CINTAku padamu”..

Maksud hadith:
Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: 
kerana hartanya, 
keturunannya, 
kecantikannya, 
dan agamanya. 
Maka pilihlah yang beragama, 
nescaya engkau akan beroleh keuntungan. 
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

Comments