JANGAN MENCARI, TAPI MENJADI
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si soleh itu tetapi berusahalah menJADI yang solehah..
Jika inginkan yang solehah, tetapi hendaklah berusaha menJADI yang soleh
Jangan menCARI yang baik, tapi JADIlah yang BAIK
Jangan menCARI yang soleh, tapi JADIlah AKHWAT SOLEHAH
Jangan menCARI yang solehah, tapi JADILAH IKHWAN SOLEH
Kerana walaupun kita menCARI tapi kita tidak menJADI, Allah tidak akan memberikan..
Bukan isu mencari, tetapi sebaliknya menjadi
Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu, baru boleh berdampingan dengan si soleh dan solehah
Namun jika kita menJADI, tanpa menCARIpun Allah sudah menyiapkan yang terbaik untuk kita
InsyaAllah :)
Kerana Allah akan memberikan yang sesuai dengan keperibadian dan kadar keimanan kita
Dan ingatlah dan yakinlah pada janji Allah bahawa "wanita wanita baik hanya untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)" surah An-Nuur(24):26
tetapi ingatlah
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang pasangan supaya kamu mengikut kebesaran Allah
(Adz Dzariyat:49)
Bertemu yang soleh.. solehahnya dia belum tentu kekal
Bertemu yang soleh.. solehahnya boleh berubah..
Kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa
Jodoh itu adalah misteri tanpa jawapan sehingga tiba masanya
Jadi ayuh. Mulakan dengan diri sendiri.
"Aku sayang kamu, demi Allah swt. Aku mencintaimu.. tetapi.. tetapi.. aku merasa tidak kuat lagi. Aku takut melalui hubungan ini, hubungan yang tidak halal bagiku dan bagimu, hubungan yang memabawa kepada rendahnya imanku, rendahnya imanmu.. Kerana aku sayang kamu, aku merelakan hubungan ini dipisahkan, nantikan aku datang semula menyuntingmu di atas nama halal, dengan janji akad nikahku.. nantikan aku di batas waktu itu.. Sekiranya kau jodohku, aku terima dan aku amat bersyukur sekali, moga beban dosa kita selama menyulam perasaan ini membantu kita lebih dekat dan menyedari akan hakikat hubungan ini sebenar-benarnya.."
PERKONGSIAN DARI SEORANG SAHABAT :)
Comments