KUANTAN #3
bila aku rindu, aku istighfar.
merindui yang bukan halal bagiku.
aku berdoa,
Allah, ampunkanlah dosanya.
sejahterakanlah dirinya.
katakan padanya, aku merinduinya.
benar..
aku sudah melepaskan dia
tetapi apakan daya
kekuatan wanita pada perasaan
mudah teringat..
alhamdulillah cepat beralih perhatian.
dan ketika itulah aku memohon dipelihara hati, niat dan akal.
supaya yakin, bahawa janji Allah itu pasti.
apa perlu buat?
sabar :)
jaga diri. jaga iman. jaga hati.
goodnight.
assalamualaikum.
Comments